Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​PASSING OUT PARADE OF THE 159th INTAKE OF MALE RECRUITS

PENANJONG GARRISON, Friday, 8 September 2017 – A Passing Out Parade was held this morning at the Penanjong Garrison. One hundred and fifty-seven (157) male recruits of the 159th intake of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) marched into the parade grounds of the Training Institute RBAF, marking the end of their 27-weeks Basic Military Training (BMT).

The Guest of Honour at the parade was the Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

During the ceremony, the Guest of Honour inspected the parade, delivered a speech and presented awards to the instructors and recruits who performed and achieved excellent results during the course of the training.

The recipients were 52053 Recruit Mohd Nurariffin bin Mohd Husain for Best Overall Male Recruit; 52132 Recruit (L) Mohd Suhairi bin Suaraday for Best in Physical Training; 52150 Recruit (U) Mohd Syafiq Zulhilmi bin Haji Suhaimi for Best Military Skills; and 52056 Recruit Mohd Daneeal Asyraf bin Saindi for the Best in Small Arms Training; 16819 Corporal Rano Zakhran bin Tajudin for Best Male Instuctor and 17485 Sergeant Julaihi bin Shari for Best Male Platoon Sergeant.

Also in attendance were the Acting Commander of RBAF, Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Services Commanders, Commandants, Senior Officers, officers and other ranks of RBAF, as well as families of the recruits.



UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 159

PENANJONG GARISON, Jumaat, 8 September 2017 – Upacara Perbarisan Tamat Latihan telah diadakan di Penanjong Garison pada pagi ini. Seramai 157 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) rekrut lelaki pengambilan ke-159 berarak masuk ke Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), menandakan penamatan Latihan Asas Ketenteraan selama 27 minggu.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Semasa upacara tersebut, Tetamu Kehormat telah berkesudian memeriksa perbarisan, menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih dan rekrut-rekrut yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan dijalankan.

Penerima-penerima tersebut ialah 52053 Rekrut Mohd Nurariffin bin Mohd Husain bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan; 52132 Rekrut (L) Mohd Suhairi bin Suaraday bagi Latihan Jasmani Terbaik; 52150 Rekrut (U) Mohd Syafiq Zulhimi bin Haji Suhaimi bagi Kemahiran Tentera Terbaik; 52056 Rekrut Mohd Daneeal Asyraf bin Saindi bagi Penembak Senjata Ringan Terbaik; 16819 Koperal Rano Zakhran bin Tajudin bagi Jurulatih Terbaik dan 17485 Sarjan Julaihi bin Shari bagi Platun Sarjan Terbaik. 

Turut hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB serta ahli keluarga rekrut yang menamatkan latihan pada pagi itu.

Attachments