Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
23 PARTICIPANTS COMPLETED RBAF PARACOUNSELLOR PREPARATORY COURSE

BOLKIAH GARRISON, Monday, 11 September 2017 – Twelve Royal Brunei Armed Forces personnel successfully completed the first series of the RBAF Paracounsellor Preparatory Course for 2017 which was conducted over a span of two weeks. The course was also participated by 11 representatives from the government and private agencies, namely from the Department of Community Development Services, Narcotics Control Bureau and Royal Brunei Airlines.

Lieutenant Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, who was the Guest of Honour representing the Director of Personnel of the Ministry of Defence in her closing address, explained that by 2035, Brunei Darussalam is expected to step into a new era of rapid growth of urban areas that brings about large social changes. Faced with such rapid developments, the pattern of community life is also expected to move in a more complex direction. Various psychosocial-related issues are anticipated to increase, hence necessitating for a strong social support system within the community.

Speaking after being awarded the ‘Best Student in Theoretical Learning’ at the closing ceremony, Lieutenant (Udara) Pg Afiq Ikram bin Pg Haji Kamaluddin, RBAirF said, "This course has helped me to improve my communication skills. I hope the skills I have learnt will enhance my ability to better understand and address the difficulties faced by an individual. Two key approaches to the effective application of counselling skills that I have learnt is by listening attentively and exercising empathy.”

Since the establishment of the Counselling Centre 15 years ago, the Paracounsellor Preparatory Course has been conducted for 31 times since it was introduced in 2003.



23 PESERTA TAMAT KURSUS PERSEDIAAN PARAKAUNSELOR ABDB SIRI 1 BAGI TAHUN 2017

BOLKIAH GARISON, Isnin, 11 September 2017 – Seramai 12 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan Kursus Persediaan Parakaunselor ABDB Siri 1 bagi tahun 2017 yang dijalankan dalam tempoh dua mingga yang lalu. Kursus ini juga turut disertai oleh 11 orang peserta wakil dari agensi kerajaan dan swasta iaitu dari Jabatan Perkhidmatan Perbangunan Masyarakat, Biro Kawalan Narkotik dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei.

Pegawai Turus Perundangan ABDB, Leftenan Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini yang hadir selaku Tetamu Kehormat bagi mewakili Pengarah Keanggotan di Kementerian Pertahanan dalam ucapannya berkata menjelang tahun 2035, Negara Brunei Darussalam dijangka akan melangkah ke era baru yang mana pertumbuhan pesat kawasan bandar akan membawa perubahan sosial yang besar. Berhadapan dengan perkembangan pesat tersebut, pola kehidupan masyarakat juga dijangka akan bergerak ke arah yang lebih kompleks. Pelbagai permasalahan yang berkaitan psikososial dijangka akan menjadi lebih jelas dan meningkat. Oleh itu, masyarakat memerlukan salah satu alat sistem sokongan sosial dalam membantu mengurangkan permasalahan psikososial dalam komuniti.

Selepas dianugerahi penuntut terbaik dalam pembelajaran teori bagi kursus tersebut dalam majlis penutup itu, Leftenan (U) Pg Afiq Ikram bin Pg Haji Kamaluddin, TUDB, berkata, “Kursus ini telah membantu saya memperbaiki kemahiran saya berkomunikasi. Saya berharap kemahiran yang saya pelajari akan meningkatkan keupayaan saya untuk lebih memahami dan menangani masalah yang dihadapi oleh individu. Dua pendekatan utama dalam pengaplikasian yang berkesan kemahiran kaunseling yang saya pelajari adalah dengan mendengar dengan penuh perhatian dan memahami isu anggota dengan bersikap empati.”

Sejak penubuhan Pusat Kaunseling ABDB ini 15 tahun yang lalu, Kursus Persediaan Parakaunselor telah dijalankan sebanyak 31 kali sejak tahun 2003 ianya diperkenalkan.  

Attachments