Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM NON-RESIDENT DEFENCE ATTACHÉ OF SPAIN ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Monday, 13 November 2017 – Captain (CN) Juan Mose Moreno Pastorin, the Non-Resident Defence Attaché of Spain accredited to Brunei Darussalam who is based in Kuala Lumpur, Malaysia today made separate calls on the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, and the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

The Commander of the RBAF welcomed the Defence Attaché to Brunei Darussalam and congratulated him on his recent appointment as Defence Attaché on 5 May 2017. The courtesy call provided the opportunity to reaffirm the warm state of relations and explore potential cooperation between both militaries.

In the call to the Permanent Secretary of Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman expressed his satisfaction with the friendly state of bilateral relations and hoped to explore possible avenues of defence cooperation that can be developed in future.

Captain (CN) Juan Pastorin is in Brunei Darussalam from 13 to 14 November 2017. The Defence Attaché also paid courtesy calls to Service Commanders, Joint Force Commander of RBAF and other military directors.



KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN SEPANYOL

BOLKIAH GARISON, Isnin, 13 November 2017 – Kepten (CN) Juan Mose Moreno Pastorin, Atase Pertahanan Sepanyol di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini mengadakan kunjungan hormat pengenalan secara berasingan kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Atase Pertahanan Sepanyol ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau pada 5 Mei 2017. Kunjungan hormat tersebut memberikan peluang bagi mengukuhkan hubungan baik dan meneroka potensi kerjasama antara kedua angkatan tentera.

Ketika kunjungan bersama Setiausaha Tetap, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman merakamkan rasa puas hati atas hubungan dua hala yang baik dan juga menyatakan harapan untuk terus menerokai bidang-bidang kerjasama pertahanan yang boleh diperkembangkan di masa akan datang.

Kepten (CN) Juan Pastorin berada di Negara Brunei Darussalam dari 13 hingga 14 November 2017. Beliau juga membuat kunjungan-kunjungan hormat kepada Pemerintah-Pemerintah Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, serta pengarah-pengarah tentera.

Attachments