Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
4th BRUNEI-INDONESIA JOINT OPERATIONS AND EXERCISE SUB-COMMITTEE (JOESC) MEETING

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 7 December 2017 – The Ministry of Defence of Brunei Darusssalam and Tentara Nasional Indonesia (TNI) of the Republic of Indonesia conducted its 4th Joint Operations and Exercise Sub-Committee (BRUNESIA JOESC) Meeting today at the Officer’s Mess Bolkiah Garrison.

The meeting was co-chaired by the Acting Joint Force Commander, Captain Haji Mohd Yusuf bin Masron, RBN and Captain (Navy) Mohd Zaenal representing the Assistant to the TNI Commander-in-Chief for Operations.

BRUNESIA JOESC is one of the sub-committees that was established under the Brunei-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) since 4 March 2013. The meeting provides joint progress reports, evaluations, and recommendations to BRUNESIA HLC regarding the scope of military-to-military operations and exercises between the two Armed Forces. It also serves as a platform to reflect on previous exercises conducted by all services in order to improve future ones.  The objective of JOESC is to optimise the cooperation between the two Armed Forces in the field of operations and exercises.  

The meeting also discussed tentative plans for the year 2018, in which the two Armed Forces will look forward to the conduct of Exercise Keris Satria between both Land Forces, the Helang Laut between the Navies, Exercise Elang BRUNESIA between the Air Forces, and Exercise Kilat Sakti between the Special Forces. All these exercises have been designed to ensure interoperability, and to enhance cooperation and mutual understanding between both Armed Forces.

The next JOESC meeting has been planned to be held in Indonesia next year.



MESYUARAT BRUNEI-INDONESIA JOINT OPERATIONS AND EXERCISES SUB-COMMITTEE (JOESC) KALI KE-4

BOLKIAH GARISON, Khamis 7 Disember 2017 Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) Republik Indonesia telah mengadakan Mesyuarat Joint Operations and Exercises Sub-Committee (JOESC) kali ke-empat hari ini di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama, Kepten Haji Mohd Yusuf bin Masron, TLDB dan Kepten (Laut) Mohd Zaenal bagi mewakili Asisten Operasi Panglima Tentara Negara Indonesia.

JOESC Brunei-Indonesia merupakan salah satu sub-komiti yang telah ditubuhkan di bawah Komiti Tertinggi Brunei – Indonesia sejak 4 Mac 2013. Komiti ini bertanggungjawab bagi menyediakan laporan kemajuan bersama, penilaian, dan cadangan kepada BRUNESIA HLC mengenai skop kerjasama antara kedua angkatan tentera sama ada di bahagian operasi mahupun latihan. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk mengimbas semula latihan dan eksesais yang telah dikendalikan serta memberi cadangan bagi memperbaiki latihan dan eksesais yang akan datang. Objektif JOESC adalah untuk memperbaiki dan memperluaskan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera dalam bidang operasi dan latihan.  

Mesyuarat berkenaan juga membincangkan rancangan tentatif bagi tahun 2018, di mana Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan mengendalikan dan menjalankan beberapa eksesais dua hala yang telah direka khas bagi setiap unit di dalam angkatan tentera kedua-dua negara. Eksesais Keris Satria akan dijalankan oleh Tentera Darat, Eksesais Helang Laut di antara Tentera Laut ABDB dan TNI, Eksesais Elang antara kedua-dua tentera udara, serta Eksesais Kilat Sakti bagi Pasukan Khas ABDB dan TNI. Semua latihan dua hala telah direka untuk memastikan interoperabili, dan meningkatkan kerjasama serta persefahaman antara kedua-dua angkatan tentera.

Mesyuarat JOESC selanjutnya dirancang untuk diadakan di Indonesia pada tahun depan. 

Attachments