Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
INCOMING AND OUTGOING DEFENCE ADVISERS OF NEW ZEALAND TO BRUNEI DARUSSALAM CALL ON PERMANENT SECRETARY

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 11 January 2018 – Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of Ministry of Defence received Captain Rodger Ward, RNZN, the incoming non-resident New Zealand Defence Adviser accredited to Brunei Darussalam and Captain Keith Robb, RNZN, the outgoing non-resident New Zealand Defence Adviser accredited to Brunei Darussalam, this morning.

During the call, both sides affirmed the friendly relations between the two countries and the progress in bilateral cooperation notably in the defence and military sectors. Both sides were also pleased with the ongoing collaboration with New Zealand’s Massey University for the Command and Staff College at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Defence Academy, which is in its 8th iteration, as well as through the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus) framework.

Captain Keith Robb, RNZN, assumed the position of Defence Adviser beginning January 2015. Captain Rodger Ward, RNZN, succeeds him in the same position effective January 2018.

*************************

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PERTAHANAN OLEH PENASIHAT-PENASIHAT PERTAHANAN NEW ZEALAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Khamis, 11 Januari 2018 – Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, telah menerima kunjungan hormat pada pagi tadi daripada Kepten Rodger Ward, RNZN, yang merupakan Penasihat Pertahanan New Zealand (tidak menetap) yang diiktiraf ke Brunei Darussalam yang baru, dan juga Kepten Keith Robb, RNZN, yang menamatkan peranan beliau sebagai Penasihat Pertahanan New Zealand.

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak telah mengesahkan hubungan mesra yang terjalin di antara kedua belah negara dan kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang sedia ada. Kedua belah pihak juga menyuarakan kepuasan hati terhadap kerjasama yang berterusan melalui pengendalian kursus Command and Staff College antara Massey University New Zealand dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Akademi Pertahanan ABDB yang diadakan bagi kali ke-8 pada tahun ini, dan juga melalui bidang kerja ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Kepten Keith Robb, RNZN, mula memegang jawatan sebagai Penasihat Pertahanan New Zealand bermula pada Januari 2015. Jawatan beliau telah diambil alih oleh Kepten Rodger Ward, RNZN, bermula Januari 2018.

Attachments