Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II ATTENDS WORKING LUNCH HOSTED FOR MINISTER FOR FOREIGN AFFAIRS, JAPAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 11 February 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II attended a working lunch hosted by Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, Minister of Foreign Affairs and Trade II for His Excellency Taro Kono, Minister for Foreign Affairs, Japan.

His Excellency’s visit, along with other high-level interactions between both countries, underscores the warm and friendly relations between Brunei Darussalam and Japan. The working lunch is an opportune moment for both sides to reaffirm their commitment in strengthening bilateral relations, as well as to exchange views on the regional developments, particularly for the Ministry of Defence, the progress and cooperation under the ambit of ADMM and ADMM-Plus.

His Excellency Taro Kono is on a one day visit to Brunei Darussalam. He has served as Minister for Foreign Affairs within Prime Minister Shinzo Abe’s cabinet since 3 August 2017.




MENTERI PERTAHANAN II HADIRI JAMUAN MAKAN TENGAH HARI YANG DIHOSKAN BAGI MENTERI BAGI HAL EHWAL LUAR NEGERI, JEPUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Februari 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II bagi Tuan Yang Terutama Taro Kono, Menteri bagi Hal Ehwal Luar Negeri, Jepun.

Lawatan Tuan Yang Terutama, bersama-sama dengan interaksi peringkat tinggi antara kedua-dua negara, menggariskan hubungan baik dan mesra antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun. Jamuan makan tengah hari adalah peluang yang baik bagi kedua belah pihak untuk mengesahkan komitmen dalam memperkuatkan hubungan dua hala, serta bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau terutamanya bagi Kementerian Pertahanan, kemajuan dan kerjasama di bawah rangka kerja ADMM dan ADMM-Plus.

Tuan Yang Terutama Taro Kono berada di Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi selama sehari. Tuan Yang Terutama memegang jawatan Menteri bagi Hal Ehwal Luar Negeri, Jepun dalam kabinet Kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe sejak 3 Ogos 2017.


Attachments