Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
GOODWILL VISIT BY FRENCH NAVY SHIP VENDÉMIAIRE

MUARA, Wednesday, 7 March 2018 – The French frigate VENDÉMIAIRE is currently in Brunei Darussalam for a goodwill visit from 7 to 9 March 2018.

During the visit, Commander Alexander Blonce, the Commanding Officer of FNS VENDÉMIAIRE, paid a courtesy call to the Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces and also the Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad. Accompanying Commander Alexander Blonce to the call is His Excellency Christian Ramage, the Ambassador of France to Brunei Darussalam. Both sides commended the good bilateral navy-to-navy relations between Brunei Darussalam and France.

During her time in Brunei Darussalam, FNS VENDÉMIAIRE will participate in various activities including professional exchanges and interactions where both navy personnel will have the opportunity to share experiences and knowledge as well as, to foster friendship and camaraderie.

The French Navy also hosted a reception onboard FNS VENDÉMIAIRE at the RBN Base in Muara. Present as Guest of Honour was First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad. Senior officials representing the Ministry of Defence and the RBAF were also present.

On 9 March 2018, the French Navy will also conduct a Passage Exercise (PASSEX) with KDB DARUSSALAM before setting sail to her next port of call in Manila, the Republic of Philippines.





LAWATAN MUHIBBAH KAPAL TENTERA LAUT PERANCIS VENDÉMIAIRE

MUARA, Rabu, 7 Mac 2018 – Kapal Tentera Laut Perancis (TLP) VENDÉMIAIRE berada di Brunei Darussalam untuk lawatan muhibbah dari 7 hingga 9 Mac 2017.

Semasa lawatan tersebut, Komander Alexander Blonce, Pegawai Pemerintah TLP VENDÉMIAIRE telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad. Turut hadir menemani kunjungan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Christian Ramage, Duta Besar Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak mengakui hubungan akrab angkatan laut yang sudah lama terjalin.

Semasa di Negara Brunei Darussalam, TLP VENDÉMIAIRE akan mengambil bahagian dalam pelbagai pertukaran profesional dan interaksi sukan di mana kedua-dua angkatan laut mempunyai peluang untuk berkongsi pengalaman yang tidak ternilai dan memperdalam persahabatan yang telah mereka tempuh selama bertahun-tahun.

Pada malam ini, satu majlis resepsi diadakan di TLP VENDÉMIAIRE di Pangkalan TLDB di Muara, dan dihadiri oleh Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Pada 9 Mac 2018, TLP turut terlibat dalam Latihan Passage (PASSEX) dengan KDB DARUSSALAM sebelum meneruskan pelabuhan seterusnya di Manila, Republik Filipina.

Attachments