Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HANDOVER CEREMONY FOR CHAIRMAN OF JAWATANKUASA PUSAT KAWALAN NARKOTIK, RBAF

MUARA NAVAL BASE, Tuesday 13 March 2018 –  A handover ceremony for the appointment of Chairman Jawatankuasa Pusat Kawalan Narkotik, Royal Brunei Armed Forces or also known as JPKN RBAF was held today at the Royal Brunei Navy (RBN) Officers’ Mess between its outgoing Chairman, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of RBN, and the incoming Chairman, Brigadier General Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF).   

As the 6th Chairman for JPKN RBAF since October 2015, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi expressed his sincere appreciation to the JPKN RBAF members for all the support that he had received during his tenure as Chairman of JPKN RBAF.

Brigadier General Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, the newly appointed 7th Chairman for JPKN RBAF, delivered a speech at the ceremony, citing the importance of receiving full support from all members of the JPKN RBAF in its efforts to address any drug offences. Since its establishment almost two decades ago, he expressed his confidence that with the involvement of all its members, JPKN RBAF will be able to resolve and curb the challenges arising from drug abuse in the RBAF.

The ceremony continued with the signing of the Handing Over Certificate and concluded with the recitation of Doa Selamat.


 


MAJLIS SERAH TERIMA PENGERUSI JAWATANKUASA PUSAT KAWALAN NARKOTIK ABDB

MUARA, Selasa 13 Mac 2018 –  Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kawalan Narkotik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau ringkasnya JPKN ABDB, telah berlangsung pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di antara Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah TLDB dan Yang Mulia Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Sebagai Pengerusi JPKN ABDB ke-6 sejak bulan Oktober 2015, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ahli di atas segala sokongan yang disumbangkan di sepanjang beliau menjadi Pengerusi JPKN ABDB.

Yang Mulia Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed, selaku Pengerusi JPKN ABDB yang ke-7 yang baru dilantik, kemudian menyampaikan ucapan di mana beliau menekankan mengenai kepentingan bagi semua ahli mendukung peranan badan JPKN tersebut. Sejak hampir dua dekad penubuhannya, beliau percaya dengan adanya penglibatan semua pihak ke arah usaha menangani gejala dadah akan mampu memangkin dan menangani apa jua cabaran yang ada dalam usaha untuk membendung gejala penyalahgunaan dadah.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pengerusi JPKN ABDB dan disusuli dengan bacaan doa selamat bagi memberkati majlis yang diraikan.

Attachments