Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES COURTESY CALL FROM THE BRITISH HIGH COMMISSIONER TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 12 April 2018 – The Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received a courtesy call from the British High Commissioner to Brunei Darussalam, His Excellency Richard Stephen Lindsay.

During the call, both sides expressed their pleasure on the strong and longstanding relations between Brunei Darussalam and United Kingdom, particularly in defence. The Minister of Defence II also extended his utmost appreciation on the continuous support that the British High Commission has accorded to Ministry of Defence.

This relationship, strengthened by the Exchange of Notes and Memorandum of Understanding agreements, encompasses a wide range of interactions including the exchange of visits, joint military exercises, trainings, courses, policy meetings such as the Joint Defence Commission (JDC); and the joint hosting of events such as the upcoming 2nd Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS).



MENTERI PERTAHANAN II MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Khamis, 12 April 2018 – Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah melahirkan rasa gembira di atas hubungan yang sangat baik yang sudah lama dijalinkan antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom terutamanya di bidang pertahanan. Menteri Pertahanan II juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi British di atas sokongan yang berterusan terhadap Kementerian Pertahanan.

Hubungan tersebut, yang diperkukuhkan dengan perjanjian-perjanjian Pertukaran Nota dan Memorandum Persefahaman, merangkumi pelbagai interaksi seperti pertukaran lawatan, latihan-latihan tentera bersama, kursus-kursus, mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Pertahanan dan aktiviti-aktiviti anjuran bersama seperti Regional Jungle Warfare Symposium kali ke-2 yang akan datang.

Attachments