Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
WORKSHOP ON RAISING NATIONAL AWARENESS AND LEGAL ASSISTANCE ON CHEMICAL WEAPONS CONVENTION

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 12 April 2018 – The Ministry of Defence and the Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) hosted the Workshop on Raising National Awareness and Legal Assistance on Chemical Weapons Convention from 11 to 12 April 2018 at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS).

The event was officially closed by the Guest of Honour, Datin Paduka Tan Bee Yong, Permanent Secretary of the Ministry of Foreign Affairs and Trade, whom presented certificates of appreciation to all the participants during the closing ceremony. During her closing speech, she thanked the OPCW for their assistance and training programmes which imparted valuable knowledge and expertise to the participants. She also highlighted the importance of multi-agency coordination in order to ensure that the country can readily and effectively address potential risks from chemical weapons.

The workshop, that was officiated yesterday by the Director of Defence Policy of the Ministry of Defence, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, aimed to provide technical assistance to Brunei Darussalam on implementing the legislation; to develop an action plan on establishing a national authority; and to work towards the central objective of effectively implementing the Chemical Weapons Convention (CWC).

During the workshop, facilitated by officers from the OPCW, participants were given an overview on the history of the CWC, the OPCW and the roles of the national authority in implementing the CWC. Discussions on the legislative drafting aspects and verifications of scheduled chemical as well as given case studies and exercises, were also held.

A total of over 50 participants from various government agencies and industry establishments are currently taking part in the workshop. These include the Attorney General’s Chambers of the Prime Minister’s Office; Royal Customs and Excise Department of the Ministry of Finance; directorates and units of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Ministry of Foreign Affairs and Trade; Fire and Rescue Department of the Ministry of Home Affairs; Ministry of Education; Ministry of Development; Ministry of Health; Energy and Industry Department; and Total E&P Borneo.

The OPCW, based in The Hague, Netherlands is responsible for implementing the CWC. Among the OPCW’s missions are to ensure the destruction of chemical weapons; to prevent their re-emergence in any member states; and to encourage international cooperation in the peaceful uses of chemistry. Brunei Darussalam is a signatory and state party to a broad range of United Nations treaties and conventions including the Chemical Weapons Convention. Brunei Darussalam signed the CWC on 13 January 1993 and ratified it on 28 July 1997.


BENGKEL RAISING NATIONAL AWARENESS AND LEGAL ASSISTANCE ON CHEMICAL WEAPONS CONVENTION

BOLKIAH GARISON, Khamis, 12 April 2018 – Kementerian Pertahanan dan Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) telah menganjurkan satu bengkel bertajuk Raising National Awareness and Legal Assistance on Chemical Weapons Convention di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah dari 11 hingga 12 April 2018.

Acara itu telah ditutup secara rasmi oleh Tetamu Kehormat, Datin Paduka Tan Bee Yong, Setiuasaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, yang menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta semasa majlis penutup. Semasa ucapan penutup beliau, Datin Paduka Tan Bee Yong mengucapkan terima kasih kepada pihak OPCW bagi bantuan dan program latihan yang memberikan pengetahuan dan kepakaran kepada para peserta. Beliau juga menekankan kepentingan koordinasi berbilang agensi untuk memastikan bahawa negara ini dapat menangani sebarang risiko daripada senjata kimia.

Bengkel ini yang disempurnakan oleh Pengarah Dasar Pertahanan di Kementerian Pertahanan, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud pada hari semalam, bertujuan untuk menghulurkan bantuan teknikal kepada Negara Brunei Darussalam dalam melaksanakan perundangan; untuk membuat pelan tindakan dalam menubuhkan autoriti kebangsaan; dan menyumbang ke arah mencapai objektif utama dalam menjalankan Konvesyen Senjata Kimia (CWC).

Semasa bengkel, peserta-peserta akan diberikan kefahaman dalam sejarah CWC, OPCW dan peranan sesebuah autoriti kebangsaan CWC. Perbincangan dalam menderaf perundangan dan mengenalpasti bahan kimia yang dijadualkan serta diberikan kajian kes dan ujian juga diadakan.

Seramai lebih dari 50 peserta dari beberapa sektor kerajaan dan industri sedang mengikuti bengkel tersebut. Ini termasuk dari Pejabat Peguam Negara di Jabatan Perdana Menteri; Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Kementerian Kewangan; jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit di bawah Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan; Kementerian Kesihatan; Jabatan Tenaga (Energy) dan Perindustrian; dan Syarikat Total E&P Borneo.

Badan OPCW, yang beribupejabat di The Hague, Netherlands, bertanggungjawab dalam menjalankan konvesyen CWC. Antara misi OPCW ialah untuk memastikan pemusnahan senjata bahan kimia; untuk mencegah kemunculan semula penggunaan senjata itu di mana-mana negara; dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam penggunaan kimia secara aman. Brunei Darussalam merupakan negara penandatangan dan ahli kepada pelbagai perjanjian dan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk Konvensyen Senjata Kimia. Negara Brunei Darussalam menandatangani CWC pada 13 Januari 1993 dan mengesahkannya pada 28 Julai 1997.



Attachments