Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​ANNUAL DEFENCE BUDGET 2018/2019 DISCUSSED AT THE MINISTRY OF DEFENCE

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 12 April 2018 – A briefing session on the Ministry of Defence budget for Financial Year 2018/2019 was held today at the Tower Block, Bolkiah Garrison.

Among the key objectives of the briefing were to present on the budget performance for Financial Year 2017/2018; give insights on the budget for Financial Year 2018/19; and share initiatives taken by the Directorate of Finance and Acquisition to improve the management and monitoring process on procurement and budget spending. The briefing was delivered by Acting Director of Finance and Acquisition, Madam Poh Kui Choon.

Attending the briefing were the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud and the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

Also present were the Service Commanders, Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), Directors, Heads of Units and Senior Officers from the Ministry of Defence and RBAF.

Delivering the opening remark at the start of the briefing was the Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani. In her speech, she shared that the Ministry of Defence is progressively reaping the fruits of its consistent efforts in improving its financial management processes.

She further highlighted the importance of introducing smart and efficient ways of spending especially in the current economic condition. She also suggested for the whole-of-ministry approach to be practiced to strengthen internal cooperation and communication towards achieving the seven key results areas and strategic outcomes that were deliberated by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Minister of Defence II during the 14th Legislative Council Session.

The Ministry of Defence is allocated a budget of BND$ 492,754,700.00 for the Financial Year 2018/2019, announced during the 14th Legislative Council Session held in early March this year.



SESI TAKLIMAT PERUNTUKAN TAHUN KEWANGAN 2018/2019 BAGI KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Khamis 12 April 2018 - Satu sesi taklimat mengenai peruntukan Kementerian Pertahanan bagi Tahun Kewangan 2018/2019 telah diadakan hari ini di Blok Menara, Bolkiah Garison.

Antara objektif utama taklimat ini adalah untuk membentangkan pencapaian peruntukan  Tahun Kewangan 2017/2018, memberigakan peruntukan Tahun Kewangan 2018/2019; dan mengongsikan inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh pihak Jabatanarah Kewangan dan Perolehan dalam memperbaiki sistem pemantauan penggunaan peruntukan dan proses perolehan. Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kewangan dan Perolehan, Madam Poh Kui Choon. 

Hadir di sesi taklimat tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.

Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani. Dalam ucapan pembukaan, beliau menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan secara beransur-ansur menuai hasil usaha yang konsisten dalam meningkatkan proses pengurusan kewangan. Di samping itu, beliau telah menekankan keperluan untuk memperkenalkan inisiatif perbelanjaan bijak dan efisien terutama sekali di dalam keadaan ekonomi negara pada masa kini.

Beliau juga mencadangkan agar pendekatan secara whole-of-ministry untuk dipraktikkan bagi mengukuhkan kerjasama rapat di antara warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam mencapai tujuh key result areas dan outcomes strategic yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II semasa permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara kali ke-14.

Kementerian Pertahanan diperuntukkan belanjawan sebanyak BND$ 492,754,700.00 untuk Tahun Kewangan 2018/2019, diumumkan semasa sesi Majlis Mesyuarat Negara kali ke-14 pada bulan Mac tahun ini.

Attachments