Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINDEF AND RBAF RECEIVE INTRODUCTORY VISIT BY SINGAPORE’S NEW CHIEF OF ARMY

BOLKIAH GARRISON, Monday, 14 May 2018 – The Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received an introductory call by newly-appointed Chief of Army, Singapore Army, Brigadier General Goh Si Hou.

During the call, the Minister of Defence II highlighted the close bilateral relationship manifested through regular exchange of visits, dialogues, meetings, exercises, trainings, courses, exhibitions and the various forms of development and interaction programmes. Both defence establishments cooperate extensively in multilateral forums particularly ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and ADMM-Plus. The Royal Brunei Land Force (RBLF) and Singapore Army also have various activities together, including the annual EX MAJU BERSAMA.

As part of his visit programme, Brigadier General Goh Si Hou also made a courtesy call to Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Commander of the RBLF, Brigadier General Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh.

Brigadier General Goh Si Hou was appointed as Singapore’s Chief of Army on 21 March 2018. Prior to his appointment, Brigadier General Goh Si Hou was the Commander for 6th Singapore Division. He is in the country for his introductory visit to Brunei Darussalam from 14 to 15 May 2018.





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI PANGLIMA TENTERA DARAT SINGAPURA

BOLKIAH GARISON, Isnin, 14 Mei 2018 - Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini menerima kunjungan pengenalan daripada Panglima Tentera Darat Singapura, Brigadier Jeneral Goh Si Hou.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan II menyatakan rasa puas hati mengenai hubungan dua hala di antara kedua buah negara yang telah dimanifestasi melalui pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat, latihan tentera, kursus, pameran-pameran pertahanan dan pelbagai program interaksi dan pembangunan. Kedua-dua buah institusi pertahanan juga berinteraksi dalam forum-forum pelbagai hala terutama dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Singapura turut menjalankan beberapa aktiviti dua-hala di antaranya ialah latihan tentera tahunan, Eksesais MAJU BERSAMA.

Sebahagian daripada lawatan ini ialah kunjungan hormat Brigedier Jeneral Goh Si Hou kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB.

Brigadier Jeneral Goh Si Hou telah dilantik menjadi Panglima Tentera Darat Singapura pada 21 Mac 2018. Sebelum ini, beliau merupakan Pemerintah bagi 6th Singapore Division. Brigadier Jeneral Goh Si Hou berada di Negara Brunei Darussalam pada 14 hingga 15 Mei 2018 untuk kunjungan pengenalan beliau ke negara ini.

Attachments