Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
PROMOTION CEREMONY FOR OFFICER CADET

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 16 May 2018 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), 52509 Officer Cadet Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif is promoted to Substantive Captain, effective on 13 May 2018. A promotion ceremony was held at the Officers' Mess, Berakas Garrison.


Attending to officiate the promotion was Brigadier General Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present at the ceremony were the Deputy Commander RBLF, Chief of Staff RBLF, senior officers, as well as, family members of the newly promoted officer cadet.

52509 Officer Cadet Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif graduated from University of Otago, New Zealand with a Bachelor of Dental Surgery. He underwent his basic military cadet training for three months at the Officer Cadet School (OCS) Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). With the promotion ceremony, the officer cadet is now referred to as 1233 Captain Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif and he will be posted as a Dental Officer at the Dental Services, Combat Service Support, RBLF.




MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KADET 

BERAKAS GARISON, Rabu, 16 Mei 2018 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 52509 Pegawai Kadet Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif telah diperkenankan untuk dinaikan pangkat ke pangkat Kapten Tauliah Tetap bermula pada 13 Mei 2018. Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Kadet telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison pada pagi ini.
Majlis penyampaian kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, pegawai-pegawai kanan TDDB dan ahli keluarga anggota yang dinaikan pangkat. 
52509 Pegawai Kadet Dr Muhammad Nur Azwan merupakan seorang graduan dari University of Otago, New Zealand dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Dental Surgery. Beliau juga telah mengikuti Latihan Asas Ketenteraan Pegawai Kadet selama 3 bulan di Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB). Dengan majlis kenaikan pangkat tersebut, pegawai kadet telah dikenali sebagai 1233 Kapten Dr Muhammad Nur Azwan bin Arif. Beliau akan ditempatkan sebagai Pegawai Pergigian, di bawah Khidmat Pergigian, Khidmat Bantuan Kombat, TDDB.

Attachments