Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY Of DEFENCE PRESENTS DONATIONS TO 56 ORPHANS

BOLKIAH GARRISON, Friday, 8 June 2018 – The Ministry of Defence donated to a total of 56 orphans (27 males and 29 females) of the dearly departed officers and staff of the Ministry of Defence in a ceremony held at Surau Ad-Difa' in Bolkiah Garrison.

The event is organised annually during the holy month of Ramadhan, in which the contributions is hoped to help the orphans by easing any financial burdens and to spread joy as the Hari Raya celebration approaches.

The ceremony began with the mass reading of Tahlil and Do’a Selamat led by Ustaz Haji Ariffin bin Tuah, Religious Assistant Officer from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department (JAMA’AT).

Present to distribute the donations was Captain (Retired) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, RBN, Deputy Permanent Secretary (Technology and Development) and Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration) at the Ministry of Defence.

Also present were civilian directors, senior officers, officers and staff of the Ministry, as well as the family members of the orphans.






KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGHULURKAN DERMA KEPADA 56 ANAK-ANAK YATIM

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 8 Jun 2018 – Kementerian Pertahanan telah menghulurkan sumbangan kepada seramai 56 orang (27 lelaki dan 29 perempuan) anak-anak yatim warga kerja Kementerian Pertahanan yang sudah kembali ke Rahmatullah dalam satu majlis yang diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Majlis ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan, di mana sumbangan derma itu diharapkan dapat membantu anak-anak yatim dengan meringankan beban kewangan dan memberikan keceriaan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Do’a Selamat dipimpin oleh Ustaz Haji Ariffin bin Tuah, Penolong Pegawai Ugama dari Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT).

Hadir untuk menyampaikan sumbangan derma ialah Kepten (Bersara) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, TLDB, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan) dan Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran) di Kementerian Pertahanan.

Majlis ini turut dihadiri oleh pengarah-pengarah awam, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan serta keluarga anak-anak yatim yang diraikan.

Attachments