Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HARI RAYA AIDILFITRI 1439H / 2018M CELEBRATION BY YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

BERAKAS, Thursday, 5 July 2018 - Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) held a Hari Raya Aidilfitri Celebration today at the International Conference Center, Berakas, Brunei Darussalam.


His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam graciously consented to attend the celebration with  other members of the royal family.

This is the 15th (fifteenth)  year it has been organised since it was first held in 2003. The Hari Raya Aidilfitri Celebration organised by YSHHB gathers attendees from different backgrounds every year, to give them the opportunity to offer their Junjung Kasih in a warm and lively atmosphere. They are made up of community groups that are identified to give significant contributions towards the development of the religion, nation and country.  

For this year's celebration, upon the initiative of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, and with the theme of “Developing the National Economy by Empowering the Private Sector”, YSHHB highlighted the participation of graduates from higher education institutions that have the potential to help empower the private sector, and private companies including Government-Linked Companies (GLCs).

The purpose of selecting these participants for this year is to uphold the titah of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam that calls upon the country to stimulate the private sector, which plays an important role in promoting equal economic progress especially with the expertise of locals. More importantly, the private sector will also be able to support the country's Vision 2035 to achieve the status of educated, skilled and successful citizens through the development of human resources that contribute to the needs of the nation.

In addition, YSHHB is also intended as a platform to bring together and to facilitate the meeting between job seekers and employers, as well as to build relationships and engage them closely to facilitate job offers and acceptance.

The event started with the recital of Doa Selamat read by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti of Brunei Darussalam. This was followed by a welcoming speech by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defense II as Chairman of the Board of Directors of YSHHB.

The most awaited moment was when His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam consented to receive and greet all the attendees.

Also present at the ceremony were Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Deputy Ministers, Members of the Legislative Council, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and invited special guests.










MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H / 2018M ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

BERAKAS, Khamis, 5 Julai 2018 – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis ini berserta Kerabat Diraja.

Majlis ini adalah merupakan kali ke-15 (lima belas)  dianjurkan sejak ia telah mula diadakan pada tahun 2003. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Yayasan ini mengumpulkan para peserta daripada latar belakang yang berbeza setiap tahun dalam memberikan kesempatan kepada mereka menyembahkan junjung kasih dalam suasana yang lebih mesra dan meriah.  Mereka ini terdiri daripada kumpulan masyarakat yang dikenalpasti dapat memberikan kepentingan dalam menjana kesejahteraan ugama, bangsa dan negara. 

Untuk Majlis tahun ini, atas inisiatif Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan dengan tema Sambutan Memajukan Ekonomi Negara Dengan Memperkasa Sektor Swasta, Yayasan mengetengahkan para lepasan graduan institusi pengajian tinggi yang berpotensi membantu memperkasa sektor swasta, dan syarikat-syarikat swasta termasuk Government-Linked Companies (GLC).  

Tujuan pemilihan peserta pada tahun ini adalah sebagai menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam merangsang pihak swasta untuk menjadi lebih berperanan penting dalam sama-sama menjana kemajuan ekomomi khususnya dengan kepakaran anak-anak tempatan. Lebih penting lagi sektor swasta juga akan dapat mendokong harapan Negara melalui Wawasan 2035 bagi mencapai status rakyat yang berpendidikan, berkemahiran dan berjaya melalui pembangunan sumber tenaga manusia yang menyumbang kepada keperluan Negara.

Di samping itu, Majlis ini juga dihasratkan sebagai landasan yang akan dapat mempertemukan dan memudah cara melalui pertemuan di antara kedua belah pihak iaitu para pencari pekerjaan dan yang menawarkan pekerjaan untuk menjalinkan silaturrahim dan mengenali secara dekat antara mereka bagi memudahkan penawaran dan penerimaan pekerjaan.  

Aturcara Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.  Ini diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

Saat yang ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam untuk menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan semua peserta yang hadir. 

Turut hadir dalam Majlis ini ialah Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta para jemputan khas. 

Attachments