Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI NAVY ATTENDS 12TH ASEAN NAVY CHIEFS’ MEETING

REPUBLIC OF SINGAPORE, Saturday, 4 August 2018 – All ten ASEAN Navy Chiefs and their representatives gathered today at the Marina Mandarin Hotel in Singapore for the 12th ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM). Chaired this year by Rear Admiral Lew Chuen Hong, Chief of Republic of Singapore Navy, the ANCM discussed a wide range of maritime issues and cooperation under the theme of “ASEAN Navies: Strengthening Cooperation, Building Resilience”. Brunei Darussalam was represented by First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of the Royal Brunei Navy.

Following the meeting, a significant outcome from the meeting was the adoption of a joint statement by the ASEAN Navy Chiefs which signals a joint undertaking by ASEAN Navies to strengthen practical cooperation in maritime security, information-sharing and to practice Code for Unplanned Encounters at Sea (CUES) as a confidence-building measure. 

The ASEAN Navy Chiefs also had the opportunity to attend a lunch hosted by the Senior Minister of State, Ministry of Defence & Ministry of Foreign Affairs, Dr. Mohamad Maliki bin Osman. In addition, the ASEAN Navy Chiefs also observed the ASEAN-China Maritime Exercise Table Top Exercise (TTX) attended by their navy personnel which was conducted concurrently at the Changi Command and Control Centre, RSS Singapura - Changi Naval Base, as preparation for the ASEAN-China Maritime Field Training Exercise which will be conducted in China in the month of October.

On the sidelines of the ANCM, the Commander of the Royal Brunei Navy also held bilateral calls to enhance naval ties with his ASEAN counterparts. Both First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi and Rear Admiral Lew Chuen Hong also witnessed the signing of the “Terms of Reference for the Navy to Navy Talks” (NTNT) during the bilateral call, which is aimed to strengthen the cooperation between both navies. 






PEMERINTAH TLDB MENGHADIRI ASEAN NAVY CHIEFS’ MEETING KE-12

REPUBLIK SINGAPURA, Sabtu, 4 Ogos 2018 – Kesemua sepuluh Pemerintah-Pemerintah Angkatan Laut ASEAN dan wakil-wakil telah berkumpul hari ini di Marina Mandarin Hotel di Singapura untuk menghadiri ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM) ke-12. Dipengerusikan pada tahun ini oleh Laksamana Muda Lew Chuen Hong, Panglima Angkatan Laut Republik Singapura (ALRS), ANCM telah membincangkan pelbagai isu dan kerjasama maritim di bawah tema “ASEAN Navies: Strengthening Cooperation, Building Resilience”. Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

Berikutan itu, hasil mesyuarat yang penting adalah kenyataan bersama di antara Pemerintah-Pemerintah Angkatan Laut ASEAN yang menandakan satu usaha bersama oleh Tentera Laut ASEAN untuk memperkuatkan kerjasama dalam keselamatan maritim, perkongsian maklumat dan juga mempraktikan Code for Unplanned Encounters at Sea (CUES) sebagai langkah membina keyakinan.   

Pemerintah-Pemerintah Angkatan Laut ASEAN juga berpeluang makan tengah hari yang dihoskan oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman. Tambahan pula, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Laut ASEAN juga menyaksikan ASEAN-China Maritime Exercise Table Top Exercise (TTX) yang dijalankan secara serentak di Changi Command and Control Centre, RSS Singapura – Pangkalan Laut Changi sebagai persiapan untuk Eksesais Maritim ASEAN-China yang akan diadakan di Republik Rakyat China pada bulan Oktober tahun ini.

Di samping mesyuarat ANCM itu, Pemerintah TLDB juga telah mengadakan mesyuarat-mesyuarat dua hala untuk meningkatkan hubungan di kalangan tentera laut bersama rakan-rakan beliau. Kedua-dua Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi dan Laksamana Muda Lew Chuen Hong telah menyaksikan penandatanganan “Terms of Reference for the Navy to Navy Talks” (NTNT) semasa mesyuarat dua hala, yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua tentera laut.


Attachments