Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
FAREWELL VISIT BY THE CHIEF OF MALAYSIAN ARMY

BERAKAS GARRISON, Monday 06 August 2018 – General Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim, Chief of Army, Malaysian Armed Forces (MAF), called on Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) this morning. Also present during the call was the Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, and the Chief of Staff, RBAF. 

During the call, both sides reaffirmed the long-standing close relationship between the RBAF and the MAF, and noted the good progress made in elevating the relationship which is bolstered through a multitude of interactions such as exchange of visits, cross-attendance of courses, professional exchanges, trainings and both bilateral and multilateral exercises. 

General Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim is in Brunei Darussalam for a farewell visit from 4 to 6 August 2018. During his visit, he also paid a visit to the RBLF Headquarters and was accorded the Guard of Honour, comprising of personnel from the Third Battalion (3Bn) RBLF led by Lieutenant Md Affandi bin Juna. He also called on the Commander of RBLF, where both sides gave assurance that the excellent and warm relations between both Land Forces will continue to be enhanced in the future. 

On the sidelines of the visit programme, General Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple and his delegation participated in various interactions with senior military officers from the RBAF and was also hosted a dinner by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed, Commander of RBLF.




LAWATAN PERPISAHAN DARIPADA PANGLIMA TENTERA DARAT, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Isnin, 6 Ogos 2018 – Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim, Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuat kunjungan perpisahan kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada pagi ini. Turut hadir semasa kunjungan hormat adalah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Ketua Staf ABDB.

Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak mengesahkan hubungan rapat yang sekian lama terjalin di antara ABDB dan ATM, serta memuji kemajuan yang dicapai dalam meningkatkan hubungan kerjasama menerusi pelbagai interaksi seperti pertukaran lawatan, kursus, pertukaran profesional, latihan dan eksesais dua hala serta pelbagai hala.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim sedang berada di Negara Brunei Darussalam untuk mengadakan lawatan perpisahan pada 4 hingga 6 Ogos 2018. Semasa lawatan perpisahan tersebut, beliau telah mengadakan lawatan ke Markas TDDB di Berakas Garison. Panglima TDM telah menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Ketiga TDDB yang diketuai oleh Leftenan Md Affandi bin Juna. Panglima Tentera Darat seterusnya membuat kunjungan hormat kepada Pemerintah TDDB, di mana kedua belah pihak memberikan keyakinan bahawa hubungan baik ini akan sentiasa dimajukan pada masa akan datang.

Di samping program lawatan itu, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple dan delegasi beliau turut terlibat dalam pelbagai sesi interaksi dengan pegawai-pegawai kanan ketenteraan dari ABDB, dan juga disambut dengan satu majlis makan malam dihoskan oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed, Pemerintah TDDB.

Attachments