Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM ATTENDS THE SETIA KAWAN III EXERCISE

PENANJONG GARRISON, Monday 10 September 2018 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces attended the Setia Kawan III Exercise today, which took place at Penanjong Garrison, Tutong.

Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and General of the Royal Brunei Armed Forces; and His Royal Highness 920 Captain (Udara) Prince 'Abdul Mateen.

HMS ALBION Vessel Tour

Upon arrival at HMS ALBION vessel, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. His Majesty then toured the vessel before proceeding to the Binturan Shooting Range.

Binturan Shooting Range

Upon arrival at the Binturan Shooting Range, His Majesty was then ushered to a special placement to receive the Royal Solute, and later inspected the Royal Guard of Honour mounted by members of the Royal Brunei Armed Forces.

His Majesty then witnessed the combined amphibious demonstration between the Royal Brunei Armed Forces and the Royal Navy of the United Kingdom, followed by a static display of the Amphibious Beach Unit (A.B.U.).

After witnessing the demonstration, His Majesty then attended a luncheon which was hosted by the Commander of Royal Brunei Armed Forces.

Prior to departure, His Majesty also viewed the Static Exhibition of SETIA KAWAN Gallery on display. His Majesty then received a pesambah from the Commander of Royal Brunei Armed Forces. His Majesty then signed a commemorative parchment, followed by a group photograph session and junjung ziarah from the personnel who were involved during the demonstration.

The Setia Kawan Exercise is one of the series of exercises between the Royal Brunei Armed Forces and the British Armed Forces, where it was first conducted in 1988, and subsequently in 1997. The amphibious exercise aims to enhance interoperability among the Royal Brunei Armed Forces and the British Armed Forces units by coordinating multiple elements besides amphibious landing, while adapting to unpredictable threats at a beach front.

Also attend to represent the Government of the United Kingdom and the British Armed Forces were His Excellency Richard Lindsay, High Commissioner of the United Kingdom to Brunei Darussalam; and Vice Admiral Ben Key, CBE, the Fleet Commander of the Royal Navy, United Kingdom.






KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE EKSESAIS SETIA KAWAN III

PENANJONG GARISON, Isnin 10 September 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, hari ini berkenan berangkat menghadiri Eksesais Setia Kawan III yang bertempat di Penanjong Garison, Tutong.

Berangkat mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; dan Duli Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Lawatan ke Kapal HMS ALBION

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Kapal HMS ALBION dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Baginda seterusnya berkenan membuat lawatan di kapal tersebut sebelum berangkat ke Padang Tembak Binturan.

Padang Tembak Binturan

Sejurus keberangkatan tiba di Kawasan Padang Tembak Binturan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung berangkat ke Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada para anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya menyaksikan gabungan demonstrasi amfibia di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja United Kingdom, dan diikuti dengan pameran statik Amphibious Beach Unit (A.B.U.).  

Selepas menyaksikan demonstrasi berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sebelum keberangkatan balik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyaksikan Pameran Statik Galeri SETIA KAWAN, dan seterusnya berkenan menerima pesambah daripada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Baginda kemudiannya dijunjung bagi menandatangani Lembaran Kenangan sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai dan Junjung Ziarah daripada anggota-anggota yang terlibat di dalam demonstrasi tersebut.

Eksesais Setia Kawan adalah salah satu siri latihan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata British, di mana Eksesais yang pertama sekali dianjurkan adalah pada tahun 1988, dan seterusnya pada tahun 1997. Eksesais amfibia ini bertujuan untuk meningkatkan interoperability di antara unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata British dengan menyelaraskan pelbagai elemen selain daripada pendaratan amfibia, sambil menyesuaikan diri dengan ancaman yang tidak dapat diramalkan di kawasan pantai.  

Juga hadir bagi mewakili Kerajaan United Kingdom dan Angkatan Bersenjata British ialah Tuan Yang Terutama Richard Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam; dan Laksamana Madya Ben Key, CBE, Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja United Kingdom.

Attachments