Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
LAUNCHING OF THE DDWS MANAGEMENT PLAN AND PRESENTATION OF ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS CERTIFICATE

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 13 September 2018 – The Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, launched the Directorate of Development and Work Services (DDWS) Management Plan and also presented the ISO 9001:2015 Quality Management Systems Certification to this Ministry of Defence (MinDef) directorate. The ceremony was held in the Wira Seni Concert Hall, RBAF Band Building today. 

Also present for the ceremony were the Acting Commander of RBAF, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad; Permanent Secretary of MinDef, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah; and the Chairman/Director of Bureau Veritas Brunei, Dr. Hj Kamaruddin Dato Seri Paduka Hj Talib. 

As part of MinDef’s endeavour to work closely with other agencies in a whole-of-government approach, Dr. Rohaniyati bte POKS Dato Seri Paduka Hj Mohd Salleh, Acting Deputy Director General of the Public Works Department; and Iskandar bin Haji Timbang, Acting Senior Engineer, Department of Planning and Estate Management from the Ministry of Education were invited to share information and knowledge of the Management Plan and experience of implementing the ISO 9001:2015 Quality Management System.

The DDWS Management Plan is aimed to guide DDWS into realising their vision by introducing and updating objectives that would promote better and efficient decisions, cost-effective investments and fit-for-purpose solutions. It also serves as a roadmap to improve both DDWS administrative processes and professional core competencies within the next five years to deliver better services to their customers in MinDef and RBAF. The Minister of Defence II stated in his speech today that he looks forward to the contributions and advances of the directorate towards their objectives.

The current ISO 9001:2015 Quality Management Systems Certification awarded to DDWS affirms that the directorate has demonstrated its ability to consistently provide products and services accordingly to international standards, to effectively implement its planned strategies and to utilise a management system that can achieve the Ministry’s goals, objectives and requirements. This marks the second time DDWS has achieved ISO 9001 certification, having received the ISO 9001:2008 certification back in 2009.







MAJLIS PELANCARAN PELAN PENGURUSAN JPPK DAN
PENYAMPAIAN SIJIL SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001: 2015

BOLKIAH GARISON, Khamis, 13 September 2018 - Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof telah melancarkan Pelan Pengurusan Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK) dan menyampaikan Sijil Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 kepada JPPK. Majlis ini telah diadakan di Dewan Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison.

Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah; dan Pengerusi/Pengarah Bureau Veritas Brunei, Dr. Hj Kamaruddin Dato Seri Paduka Hj Talib. 

Sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pertahanan untuk bekerja rapat dengan agensi dan Kementerian lain dalam pendekatan keseluruhan kerajaan, Dr. Rohaniyati bte POKS Dato Seri Paduka Hj Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya dan Iskandar bin Haji Timbang, Pemangku Jurutera Kerja Kanan dari Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan telah dijemput untuk berkongsi pengetahuan mengenai Pelan Pengurusan dan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015. 

Pelan Pengurusan JPPK bertujuan untuk membimbing JPPK dalam merealisasikan visi mereka dengan memperkenalkan dan mengemaskini objektif-objektif yang akan menggalakkan keputusan yang lebih baik dan cekap, pelaburan yang kos efektif dan penyelesaian yang sesuai bagi tujuan. Ia juga berfungsi sebagai hala tuju untuk meningkatkan proses pentadbiran dan kecekapan teras profesional JPPK dalam lima tahun yang akan datang bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka di Kementerian Pertahanan dan ABDB. Dalam ucapan beliau pada hari ini, Menteri Pertahanan II berharap dapat menyaksikan sumbangan dan kemajuan ke arah objektif JPPK.

Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 yang dianugerahkan kepada JPPK mengesahkan bahawa jabatanarah ini telah menunjukkan kemampuannya dalam menyediakan secara konsisten produk dan perkhidmatan yang sewajar dengan piawaian antarabangsa, melaksanakan strategi yang dirancang secara berkesan dan mempunyai sistem pengurusan yang boleh mencapai matlamat, objektif dan keperluan Kementerian. Ini merupakan kali kedua JPPK telah mencapai pensijilan ISO 9001, setelah menerima pensijilan ISO 9001: 2008 pada tahun 2009.


Attachments