Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​RBAF COMMANDER RECEIVES FAREWELL CALL FROM HIGH COMMISSIONER OF PAKISTAN TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Monday, 8 October 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from His Excellency Major General (Retired) Tariq Rashid Khan, the High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam today. Also in attendance was the Chief of Staff, RBAF.

During the call, the Commander of RBAF expressed his appreciation to His Excellency Major General (Retired) Tariq Rashid Khan for the good working relationship during his tenure in Brunei Darussalam.

Both sides commended the close bilateral relationship between RBAF and Pakistan Armed Forces which has developed through high level visits, meetings, trainings and courses. The Commander of RBAF wished His Excellency Major General (Retired) Tariq Rashid Khan all the best for his future endeavours.

His Excellency Major General (Retired) Tariq Rashid Khan served as the High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam since 25 October 2016.



PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 8 Oktober 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Ketua Staf ABDB.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan di atas kerjasama yang baik di sepanjang penugasan beliau di Negara Brunei Darussalam.

Kedua belah pihak memuji di atas hubungan rapat di antara ABDB dan Pakistan Armed Forces yang semakin berkembang melalui lawatan, mesyuarat, latihan dan kursus. Pemerintah ABDB mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan dalam apa jua kerjaya yang akan diceburi selepas ini.

Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan telah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam sejak 25 Oktober 2016.

Attachments