Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​MINDEF AND RBAF HOLD FUNERAL RITES FOR LOSS OF SAF REGULAR SERVICEMAN

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 10 October 2018 – Officers and staff of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel performed the ‘solat jenazah’, the funeral prayer, this morning at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this morning for a Singapore Armed Forces (SAF) personnel, Third Warrant Officer (3WO) Muhd Sadikin bin Hasban.

He passed away yesterday morning due to injuries sustained from a falling tree branch while performing his duty in Brunei Darussalam.

The Ministry of Defence and RBAF personnel recited the Surah Yassin, followed by Tahlil prayers. They paid their respects to the deceased, before performing the solat jenazah led by Major Ariffin bin Amit, Acting Head of RBAF Religious Department.

Present at the event was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF. Also present were Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries, defence representatives from SAF and family members of the deceased, and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The body of 3WO Muhd Sadikin will be flown back to Singapore today in a military aircraft. The Ministry of Defence and the RBAF extend heartfelt condolences and deepest sympathies to the family and friends of 3WO Muhd Sadikin bin Hasban during this difficult time.



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB HULUR BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA

BOLKIAH GARRISON, Rabu, 10 Oktober 2018 – Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menunaikan sembahyang jenazah berjemaah di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison pagi ini bagi anggota Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS), Allahyarham Pegawai Waran Ketiga (PW3) Muhd Sadikin bin Hasban yang meninggal dunia pagi kelmarin dari kecederaan yang dialami selepas dihempap dahan pokok semasa menjalankan tugas di Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Pertahanan dan ABDB telah menghulurkan bantuan pengurusan jenazah termasuk majlis bacaan Surah Yassin dan Tahlil. Penghormatan terakhir telah diberikan kepada Allahyarham 3WO Muhammad Sadikin bin Hasban, sebelum melakukan doa Jenazah seterusnya menunaikan sembahyang jenazah berjemaah yang diimamkan oleh Mejar Ariffin bin Amit, Pemangku Ketua Jabatan Agama ABDB.

Hadir pada majlis itu ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, wakil-wakil pertahanan dari ABRS dan ahli keluarga Allahyarham 3WO Muhammad Sadikin bin Hasban, serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Jenazah Allahyarham PW3 Muhd Sadikin akan dibawa balik ke Republik Singapura hari ini menggunakan pesawat tentera. Pada masa yang paling sukar ini, Kementerian Pertahanan dan ABDB merakamkan ucapan takziah khususnya kepada keluarga dan rakan-rakan arwah PW3 Muhd Sadikin.

Attachments