Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​SHHBIDSS CONDUCTS A ROUNDTABLE ON CYBERSECURITY: STRATEGIES AND RESPONSES

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 10 October 2018 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) today conducted a roundtable discussion on “Cybersecurity: Strategies and Responses”.

It was attended by 20 participants from MINDEF and RBAF, as well as representatives from the Prime Minister’s Office and the Ministry of Communications.

The MINDEF and RBAF participants comprised officers from the RBAF Joint Force Headquarters, Directorate of Intelligence, Directorate of Defence Policy, Cyber Defence Unit (CDU) of Defence Information Technology Unit and Permanent Secretary Secretariat Office. 

During the discussion, the attendees exchanged information on current national and regional cybersecurity concerns, as well as the related strategies and responses. The Roundtable also discussed and came up with recommendations on synergising the various cybersecurity strategies and responses, both at the national and regional levels.

This Roundtable is part of the Institute’s annual activities in carrying its role in providing a platform for strategic conversations involving different stakeholders at the national level in support of its research programmes.



SHHBIDSS MENGENDALIKAN SESI PERBINCANGAN ROUNDTABLE MENGENAI KESELAMATAN SIBER: STRATEGI DAN RESPON

BOLKIAH GARISON, Rabu, 10 Oktober 2018 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini mengendalikan satu sesi perbincangan roundtable mengenai “Keselamatan Siber: Strategi dan Respon”.

Ianya dihadiri oleh 20 peserta daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga perwakilan-perwakilan daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perhubungan.

Peserta daripada KEMENTAH dan ABDB terdiri daripada pegawai-pegawai Markas Angkatan Bersama ABDB, Jabatanarah Perisikan, Jabatanarah Dasar Pertahanan, Unit Pertahanan Siber daripada Unit Teknologi Maklumat Pertahanan dan Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap.

Semasa perbincangan, para peserta bertukar maklumat mengenai kebimbangan keselamatan siber kebangsaan dan serantau, dan juga strategi-strategi dan respon-respon yang berkaitan. Roundtable berkenaan juga membincangkan dan menghasilkan rekomendasi-rekomendasi bagi menghasilkan sinergi daripada pelbagai strategi dan respon keselamatan siber, di kedua peringkat kebangsaan dan serantau.

Roundtable ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan Institut dalam menjalankan peranannya bagi menyediakan landasan perbincangan strategik yang melibatkan pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dalam mendokong program-program penyelidikannya.


Attachments