Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​ACTING RBAF COMMANDER RECEIVES AN INTRODUCTORY CALL FROM THE DEFENCE ADVISER OF PAKISTAN ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM

ROYAL BRUNEI NAVY HEADQUARTERS, MUARA, Tuesday, 6 November 2018 – First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, the Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Commodore Ibrar Ishaque, the Defence Adviser of the Islamic Republic of Pakistan accredited to Brunei Darussalam today.

During the call, the Acting RBAF Commander expressed pleasure in meeting Commodore Ibrar Ishaque and congratulated him for his recent appointment as the Defence Adviser of the Islamic Republic of Pakistan accredited to Brunei Darussalam on 18 July 2018. Both sides commended the cordial bilateral military relationship between RBAF and the Islamic Republic of Pakistan Armed Forces, which has developed positively through high level visits, courses and trainings.

The acting RBAF Commander wishes Commodore Ibrar Ishaque all the best for his tenure and hopes for more platform of opportunities to further strengthen the professional relationship between both armed forces.


PEMANGKU PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN PENASIHAT PERTAHANAN PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MARKAS TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, MUARA, Selasa, 6 November 2018 – Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Commodore Ibrar Ishaque, Penasihat Pertahanan Republik Islam Pakistan yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.

Semasa kunjungan hormat, Pemangku Pemerintah ABDB melahirkan rasa kegembiraan untuk berjumpa dengan Commodore Ibrar Ishaque dan mengucapkan tahinah di atas perlantikan sebagai Penasihat Pertahanan Republik Islam Pakistan yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada 18 Julai 2018 yang lalu.

Kedua belah pihak memuji hubungan ketenteraan yang baik di antara ABDB dan Islamic Republic of Pakistan Armed Forces yang mana telah meningkat secara positif melalui lawatan di peringkat tinggi, serta perlaksanaan kursus dan latihan. Pemangku Pemerintah ABDB mengucapkan selamat bertugas kepada Commodore Ibrar Ishaque dan mengalu-alukan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan profesional di antara kedua-buah angkatan tentera.

Attachments