Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II ATTENDS 8th INDO DEFENCE 2018 EXPO AND FORUM

JAKARTA, INDONESIA, Wednesday, 7 November 2018 – The Ministry of Defence of the Republic of Indonesia organised the 8th INDO DEFENCE 2018 Expo & Forum from 7 – 10 November 2018 at the JIExpo Kemayoran, Jakarta.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Minister of Defence II, attended the Expo and Forum at the invitation of His Excellency General (Retired) Ryamizard Ryacudu, Minister of Defence of the Republic of Indonesia. He led a delegation from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) to the exhibition on Wednesday, 07 November 2018. 

The 8th INDO DEFENCE 2018 Expo & Forum was officiated by His Excellency Dr. (H.C.) Drs. H. Muhammad Jusuf Kalla, Vice-President of the Republic of Indonesia, with the theme “Building Global Defence Partnerships to Secure the Future”. The biennial Tri-service Defence Event attracted the participation of over 867 exhibitors from 60 countries including 25,000 delegates and trade visitors which showcased a full range of military products and technology as well as served as a platform for defence forces to assess the military capabilities. 

The Minister of Defence II called on His Excellency General (Retired) Ryamizard Ryacudu, Minister of Defence of the Republic of Indonesia, while Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces called on Vice Admiral Dr. Didit Herdiawan Ashaf, M.P.A., M.B.A., Chief of General Staff, Indonesian National Armed Forces. In the calls, both sides acknowledged the close bilateral relations shared between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia, and also discussed potential areas for defence cooperation.



Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Minister of Defence II, and Major General Pg Dato Paduka Seri Aminan bin Pg Haji Mahmud, RBAF Commander with high level defence officials from various countries in a group photo with His Excellency Dr. (H.C.) Drs. H. Muhammad Jusuf Kalla, Vice-President of the Republic of Indonesia at the opening of the 8th Indo Defence 2018 Expo and Forum



Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Minister of Defence II, and Major General Pg Dato Paduka Seri  Aminan bin Pg Haji Mahmud, RBAF Commander visited one of the booths at the 8th Indo Defence 2018 Expo and Forum


YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN II HADIRI INDO DEFENCE 2018 EXPO DAN FORUM YANG KE-8

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 7 November 2018 – INDO DEFENCE 2018 Expo dan Forum yang ke-8 yang berlangsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta, pada 07 hingga 11 November 2018 telah dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan, Republik Indonesia. 

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II, menghadiri Expo dan Forum berkenaan, di atas undangan Tuan Yang Terutama (Bersara) Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan, Indonesia Republik. Yang Berhormat Pehin telah mengetuai satu delegasi yang terdiri dari pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) untuk menghadiri Expo dan Forum tersebut pada hari Rabu, 07 November 2018.

INDO DEFENCE 2018 Expo & Forum yang bertema " Membangun Kerjasama Pertahanan Global untuk Keamanan Masa Depan " telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Dr. (H.C.) Drs. H. Muhammad Jusuf Kalla, Naib Presiden Republik Indonesia. Pada tahun ini, pameran pertahanan tersebut menarik penyertaan lebih daripada 867 peserta pameran dari 60 negara termasuk 25,000 ahli delegasi dan pelawat perdagangan.  Acara yang dianjurkan setiap dua tahun mempamerkan pelbagai produk dan teknologi ketenteraan terkini serta berperanan sebagai landasan untuk menilai keupayaan tentera yang dipamerkan.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan II telah membuat kunjungan muhibah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral (Bersara) Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Republik Indonesia manakala Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah membuat perjumpaan dua hala bersama Laksamana Madya TNI Dr. Didit Herdiawan Ashaf, M.P.A., M.B.A., Kepala Staf Umum TNI (KASUM TNI). Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengesahkan hubungan dua hala yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, dan juga membincangkan bidang-bidang yang berpotensi untuk kerjasama pertahanan.

Attachments