Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH PRIMARY SCHOOL STUDENTS VISITS ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 7 November 2018 - 194 students and 13 teachers from Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Primary School made an educational visit to Royal Brunei Land Force (RBLF) at Berakas Garrison. 

Present amongst the students during the visit was Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil, the granddaughter of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

Also present were Yang Mulia Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil Kabier, the granddaughter of His Royal Highness Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and Yang Mulia Mohammad Ashraf As-Seddiq bin Yusrin, the grandson of Her Royal Highness Princess Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. 

The tour started with a briefing, followed by a tour which showcased a variety of military equipment and vehicles such as military radios, Armoured Personnel Carrier and military fire trucks. The tour also included activities such as riding military vehicles and learning how to put out fires using a fire hose. 

The units that were involved during the visit were Company A, Mortar Platoon, Special Task Platoon, Armoured Personnel Carrier Platoon from First Battalion of RBLF (1Bn RBLF) and Combat Service Support consists of Medical, Dental, Fire Services, Land Engineering, Signal Squadron and Logistics Depot.

The visit gave the students the opportunity to take a closer look at the military equipment used by RBLF and provided useful knowledge and experience to students and teachers. The visit concluded with light refreshments and an exchange of mementos. 






LAWATAN SEKOLAH RENDAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 

BERAKAS GARISON, Rabu, 7 November 2018 - Seramai 194 murid dan 13 orang guru dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di Berakas Garison.

Berangkat sama adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Turut berangkat ialah Yang Mulia Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil Kabier, cucunda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Mulia Mohammad Ashraf As-Seddiq bin Yusrin, cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. 

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas dan seterusnya pendedahan kepada pelbagai peralatan-peralatan tentera seperti radio, Kereta Angkut Perisai dan kereta bomba. Semasa lawatan ini, aktiviti sampingan seperti menaiki kenderaan-kenderaan tentera dan mempelajari cara memadamkan api juga telah diadakan.

Unit-unit yang terlibat semasa lawatan tersebut ialah Kompeni A, Platun Mertak, Platun Gerak Khas dan Kereta Angkut Perisai daripada Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) dan Khidmat Bantuan Kombat yang terdiri daripada Bahagian Perubatan, Pergigian, Bomba, Kejuruteraan Darat, Skuadron Semboyan dan Depoh Logistik.

Lawatan yang menjurus kepada ketenteraan telah memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat kepada penuntut serta guru-guru dan memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat secara lebih dekat peralatan tentera yang digunakan oleh TDDB. Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan dan seterusnya sesi bergambar ramai.


Attachments