Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM THE DEFENCE ATTACHÉ OF MYANMAR ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Thursday 8 November 2018 – Colonel Win Myat, the Non-Resident Defence Attaché of the Republic of the Union of Myanmar accredited to Brunei Darussalam who is based in Singapore, today made separate calls on the Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, and the Permanent Secretary, Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN. 

During the calls, Colonel Win Myat was welcomed and congratulated for his recent appointment as the Defence Attaché of the Republic of the Union of Myanmar accredited to Brunei Darussalam on April 2018. 

Acting Commander RBAF also extended his appreciation for the constant cooperation accorded by the Myanmar Armed Forces, especially for the upcoming ASEAN Militaries Analyst to Analyst Intelligence Exchange which will be held on 27 to 29 November 2018 in the Republic of the Union of Myanmar. The courtesy call provided the opportunity to reaffirm the significant progress in the military relationship and explore potential cooperation between both armed forces.

In the call on the Permanent Secretary, Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman expressed his satisfaction with the cordial state of bilateral relations achieved through the exchange of visits, meetings and activities both at the bilateral and regional level, and hoped that the bilateral defence relations between both countries will progress further in the future. 

The Defence Attaché of the Republic of the Union of Myanmar also paid courtesy calls on Service Commanders, Acting Joint Force Commander of RBAF and other military directors. 



KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN MYANMAR KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Khamis, 8 November 2018 – Kolonel Win Myat, Atase Pertahanan Republik Persatuan Myanmar di Singapore yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam, hari ini mengadakan kunjungan hormat pengenalan secara berasingan kepada Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Semasa kunjungan hormat, Kolonel Win Myat telah dialu-alukan dan diucapkan tahniah di atas perlantikan sebagai Atase Pertahanan Republik Persatuan Myanmar yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada April 2018.

Pemangku Pemerintah ABDB juga merakamkan penghargaan di atas kerjasama yang berterusan daripada Myanmar Armed Forces terutama sekali bagi ASEAN Militaries Analyst to Analyst Intelligence Exchange yang akan diadakan pada 27-29 November 2018 di Republik Persatuan Myanmar. Kunjungan hormat tersebut memberikan peluang bagi mengukuhkan hubungan kententeraan yang meningkat dan meneroka potensi kerjasama di antara kedua buah angkatan tentera.  

Ketika kunjungan bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman merakamkan rasa puas hati atas hubungan dua hala yang baik yang mana telah meningkat melalui lawatan, mesyuarat dan aktiviti di peringkat dua hala dan juga serantau. Setiausaha Tetap menyatakan harapan untuk terus meningkatkan hubungan dua hala di antara kedua buah negara di masa akan datang. 

Atase Pertahanan Republik Persatuan Myanmar juga telah membuat kunjungan-kunjungan hormat kepada Pemerintah-Pemerintah Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, serta pengarah-pengarah tentera.

Attachments