Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ROYAL BRUNEI NAVY YEAR-END PARADE 2018
MUARA, Friday, 21 December 2018 – The Year-End Parade was held by the Royal Brunei Navy (RBN) at the RBN Parade Square this year with Lieutenant Commander Malai Haszahrin bin Malai Yusof, RBN as the parade commander. Present as the guest of honour was First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of RBN.

The event commenced with a speech by Commander of RBN, in which he pledged the RBN’s undivided loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The Commander of RBN also expressed pleasure at RBN’s various achievements and accomplishments in 2018.

The speech was followed by an award and certification ceremony. Commander Mohd Azrin bin Haji Mahmud, RBN and Commander Sonny Iskandar bin Rasani, RBN were recognized as Commanding Officers of the Darussalam-class Patrol Vessels. 12 young officers were awarded Officers of the Watch, while the Rules of the Road Master award was conferred on Lieutenant Mohd Arif bin Tajuddin, RBN.

Other awards including the Coxswain of the Landing Craft, Sauh Emas, Bintang Harapan were also granted to non-commissioned officers recognised for their professionalism, leadership and work contributions. Additional awards were given for Best Physical Fitness to both male and female personnel of the RBN. This year, RBN also introduced the Promising Engineer award to acknowledge personnel who exhibited outstanding technical work performance.

The event concluded with a recital of the doa selamat by Imam Haji Mohd Andy bin Saile, Imam of Surau Al-Huda.






PERBARISAN AKHIR TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 2018

MUARA, Jumaat, 21 Disember 2018 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Perbarisan Akhir Tahun TLDB bagi Tahun 2018 di Padang Kawad TLDB yang dipimpin oleh Leftenan Kommander Malai Haszahrin bin Malai Yusof, TLDB. Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

Acara dimulakan dengan ucapan perutusan daripada Pemerintah TLDB di mana di dalam ucapan perutusan beliau menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Pemerintah TLDB juga menyampaikan syukur kepada pencapaian dan perkembangan yang melibatkan TLDB di sepanjang tahun 2018.

Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah dan Sijil Pegawai Pemerintah Kapal Peronda Kelas Darussalam kepada dua orang Pegawai Kanan iaitu Komander Mohd Azrin bin Haji Mahmud, TLDB dan Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TDLB. Manakala Sijil Awasan Anjungan telah disampaikan kepada 12 orang pegawai muda dan Anugerah Rules of the Road Master telah diberikan kepada Leftenan Mohd Arif bin Tajuddin, TLDB.

Di samping itu, anugerah dan Sijil Juragan, Sauh Emas, dan Bintang Harapan juga telah disampaikan kepada PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang telah diberikan pengiktirafan dari segi professionalisma, mutu kepimpinan dan tanggungjawab kerja. Manakala anugerah olahragawan dan olahragawati terbaik bagi anggota TLDB turut disampaikan. Pada tahun ini juga TLDB memperkenalkan anugerah Jurutera Harapan yang memberikan pengiktirafan kepada pegawai dan PTB Kanan yang telah mempamerkan mutu kerja yang memuaskan.   

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam Haji Mohd Andy bin Saile, Imam of Surau Al-Huda.

Attachments