Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES AN INTRODUCTORY CALL FROM NEW ZEALAND DEFENCE ADVISER ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 10 January 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Captain Rodger Ward, RNZN, the New Zealand Defence Adviser accredited to Brunei Darussalam this morning. Also in attendance was the Chief of Staff RBAF.

During the call, the Commander of RBAF expressed pleasure in meeting Captain Rodger Ward, RNZN and acknowledged the longstanding bilateral defence relations cemented by the regular exchange of visits, trainings and courses. Both sides discussed on exploring potential areas to further enhance the bilateral defence cooperation between both armed forces. The Commander of RBAF also conveyed gratitude to the New Zealand Defence Force for its continuous support during the Exercise Kepimpinan which was held in October last year between officer cadets from both armed forces, as well as the RBAF Command Staff Course.



PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN NEW ZEALAND 

BOLKIAH GARISON, Khamis, 10 Januari 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Captain Rodger Ward, RNZN, Penasihat Pertahanan New Zealand yang diakreaditasikan ke Negara Brunei Darussalam pagi ini. Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Ketua Staf ABDB.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB menyatakan kegembiraan untuk berjumpa dengan Captain Rodger Ward, RNZN dan mengakui hubungan dua hala yang terjalin  sekian lama di antara ABDB dan New Zealand Defence Force melalui pertukaran lawatan, latihan dan kursus. Kedua belah pihak membincangkan mengenai peluang bagi mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan di antara kedua buah angkatan tentera. Pemerintah ABDB juga merakamkan penghargaan kepada New Zealand Defence Force di atas sokongan yang berterusan semasa Eksesais Kepimpinan yang telah dijalankan pada bulan Oktober tahun lalu di antara pegawai-pegawai kadet daripada kedua buah angkatan tentera, dan juga Kursus Maktab Turus ABDB.

Attachments