Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
CHIEF OF STAFF, JAPAN MARITIME SELF-DEFENSE FORCE, AWARDED THE ROYAL BRUNEI NAVY COMMAND BADGE

MUARA NAVAL BASE, Friday, 1 February 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Navy (RBN) Command Badge to Chief of Staff, Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF), Admiral Yutaka Murakawa in recognition and appreciation for his service in enhancing the relations between RBN and JMSDF.

The award was presented by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF at RBN Headquarter.

Admiral Yutaka Murakawa took over as the Chief of Staff, JMSDF since 2016. Whilst in Brunei Darussalam, he also paid courtesy calls to the Second Minister of Defence. During the call, the Second Minister of Defence and Chief of Staff of JMSDF expressed their satisfaction on the warm and friendly relations between the navies of the two countries. The two sides reiterated their commitment in further strengthening defence related activities through the exchange of visits, trainings and exercises. 

He also paid separate calls to the Commander of RBAF and Commander of RBN, First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad.

Admiral Yutaka Murakawa is in Brunei Darussalam from 31 January until 2 February 2019 at the invitation of Commander of RBN.






KETUA STAF, JAPAN MARITIME SELF-DEFENSE FORCE, DIANUGERAHKAN LENCANA PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

Pangkalan Tentera Laut Muara, Jumaat, 1 Februari 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah memperkenankan bagi menganugerahkan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada Ketua Staf Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF), Laksamana Yutaka Murakawa sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara TLDB dan JMSDF

Penganugerahan Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Laksamana Yutaka Murakawa mengambil alih jawatan sebagai Ketua Staf JMSDF semenjak tahun 2016. Semasa berada di Negara Brunei Darussalam, beliau juga mengadakan kunjungan-kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Kedua. Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua dan Ketua Staf JMSDF merakamkan rasa gembira di atas hubungan baik dan mesra di antara tentera-tentera laut kedua-dua negara. Kedua-dua pihak juga menyuarakan komitmen dalam mengukuhkan lagi kegiatan-kegiatan pertahanan melalui pertukaran lawatan, kursus dan latihan-latihan bersama.

Beliau juga mengadakan kunjungan hormat yang berasingan dengan Pemerintah ABDB dan juga Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad.

Laksamana Yutaka Murakawa berada di Negara Brunei Darussalam dari 31 Januari hingga 2 Februari 2019 di atas jemputan Pemerintah TLDB. 


Attachments