Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
CHIEF OF ROYAL MALAYSIAN NAVY AWARDED THE ROYAL BRUNEI NAVY COMMAND BADGE

MUARA, Tuesday, 12 March 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consented to award the Royal Brunei Navy (RBN) Command Badge to Chief of Royal Malaysian Navy (RMN), Yang Berbahagia Admiral Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, in recognition for his services in enhancing the relations between RBN and RMN.

Yang Berbahagia Admiral Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany is currently in Brunei Darussalam to receive the award, which was presented by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF. The event was held at the RBN Headquarters.

Following his award ceremony, he visited the Ministry of Defence and paid a courtesy call on the Second Minister of Defence. During the call, the Second Minister of Defence and Chief of RMN expressed their satisfaction on the warm and friendly relations between the navies of the two countries. The two sides reiterated their commitment in further strengthening navy-to-navy ties through the exchange of visits, trainings and exercises.

He also paid separate calls to the Commander of RBAF and Commander of RBN, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

Yang Berbahagia Admiral Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany was appointed Chief of RMN on 30 November 2018.




PANGLIMA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DIANUGERAHKAN LENCANA PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

MUARA, Selasa, 12 March 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah memperkenankan bagi menganugerahkan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara TLDB dan TLDM.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia berada di Negara Brunei Darussalam bagi penganugerahan Lencana Perintah TLDB, yang disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Selepas majlis penganugerahan itu, beliau melawat Kementerian Pertahanan, serta mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Kedua. Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua dan Panglima TLDM merakamkan rasa gembira di atas hubungan baik dan mesra di antara tentera-tentera laut kedua-dua negara. Kedua-dua pihak juga menyuarakan komitmen dalam mengukuhkan lagi kegiatan-kegiatan pertahanan melalui pertukaran lawatan, kursus dan latihan-latihan bersama.

Beliau juga mengadakan kunjungan hormat yang berasingan dengan Pemerintah ABDB dan juga Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah memegang jawatan sebagai Panglima TLDM sejak 30 November 2018.

Attachments