Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​RBAF COMMANDER CONDUCTS OFFICIAL VISIT TO THE ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN

ISLAMABAD, ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN, Thursday, 11 April 2019 - Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) conducted his official visit to the Islamic Republic of Pakistan from 8 April 2019 to 10 April 2019.

Accompanying the Commander of RBAF was Colonel Pengiran Azmali bin Pengiran Haji Mohd Salleh, the Director of Logistics.

The official visit began at the Joint Staff Headquarters where the Commander of RBAF inspected the Guard of Honour comprising of personnel from the Armed Forces of the Islamic Republic of Pakistan. The Commander of RBAF also held a separate courtesy calls to His Excellency Dr. Arif Alvi, the President of the Islamic Republic of Pakistan, General Zubair Mahmood Hayat, Chairman Joint Chiefs of Staff Committee, Armed Forces of the Islamic Republic of Pakistan and General Qamar Javed Bajwa, Chief of Army Staff, Pakistan Army.

During the calls, both sides acknowledged the friendly bilateral defence relations between the RBAF and the Armed Forces of the Islamic Republic of Pakistan and discussed on matters of bilateral defence cooperation in the future. 

As part of the programme, the Commander of RBAF and delegation visited Pakistan’s defence companies and manufacturers and attended a dinner hosted by the Chairman Joint Chiefs of Staff Committee, Armed Forces of the Islamic Republic of Pakistan at the Joint Staff Officers Mess.


PEMERINTAH ABDB ADAKAN LAWATAN RASMI KE REPUBLIK ISLAM PAKISTAN

ISLAMABAD, REPUBLIK ISLAM PAKISTAN, Khamis, 11 April 2019 - Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lawatan rasmi ke Republik Islam Pakistan bermula pada 8 April 2019 hingga 10 April 2019. Turut hadir bersama Pemerintah ABDB ialah Kolonel Pengiran Azmali bin Pengiran Haji Mohd Salleh, Pengarah Logistik.

Lawatan rasmi tersebut bermula di Joint Staff Headquarters dimana Pemerintah ABDB telah memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Republik Islam Pakistan. Pemerintah ABDB juga mengadakan kunjungan hormat secara berasingan kepada Tuan Yang Terutama Dr. Arif Alvi, Presiden Republik Islam Pakistan, Jeneral Zubair Mahmood Hayat, Chairman Joint Chiefs of Staff Committee, Angkatan Bersenjata Republik Islam Pakistan dan Jeneral Qamar Javed Bajwa, Chief of Army Staff, Pakistan Army.

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang baik diantara ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Islam Pakistan dan membincangkan mengenai kerjasama dua hala pertahanan pada masa akan datang.

Pemerintah ABDB dan delegasi turut melawat syarikat dan industri pertahanan Pakistan dan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Chairman Joint Chiefs of Staff Committee, Angkatan Bersenjata Republik Islam Pakistan di Joint Staff Officers Mess.

Attachments