Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBN PERSONNEL EMBRACES ISLAM

TUTONG, Friday, 10 May 2019 – A personnel from the Royal Brunei Navy (RBN), 51977 Ordinary Rate (OD) Edi Jul Hanipah bin Jefry, RBN recited his Islamic oath at his grandfather’s residence in Kampong Sungai Damit, Mukim Ukong, Tutong today.

Present at the ceremony as the guest of honour was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

Also present were First Admiral Haji Othman bin Haji Suhaili, Commander of RBN; Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Member of the Legislative Council; Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Tutong District Officer; and officers from the RBAF and the Islamic Da'wah Centre.

The ceremony began with the recital of verses from Al-Qur'an and the declaration of Syahadah (declaration of faith) led by an officer from the Islamic Da'wah Centre.

The Dikir Marhaban, as well as the sprinkling of bunga rampai and gifts were presented by the guest of honour and invited guests to the new brother in Islam.

OD Edi Jul Hanipah bin Jefry, RBN, now known as OD Muhammad Edi Jul Hanipah bin Jefry, is the second RBAF personnel to convert to Islam this year and the 116th since 2006.




MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG ANGGOTA TLDB

TUTONG, Jumaat, 10 May 2019 – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), 51977 Laskar (LS) Edi Jul Hanipah bin Jefry, TLDB telah memeluk agama Islam sebagai agama baru. Majlis pengislaman tersebut diadakan di rumah kediaman nenek beliau di Kampong Sungai Damit, Mukim Ukong, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Turut hadir ialah Laksamana Pertama Haji Othman bin Haji Suhaili, Pemerintah TLDB; Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong; dan pegawai-pegawai ABDB dan Pusat Da’wah Islamiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan lafaz Syahadah yang dipimpin oleh pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah.

Majlis diserikan lagi dengan laungan Dikir Marhaban dan taburan bunga rampai serta penyampaian cenderahati daripada tetamu kehormat serta jemputan yang hadir kepada saudara baru.

LS Edi Jul Hanipah bin Jefry, TLDB, sekarang dikenali sebagai LS Muhammad Edi Jul Hanipah bin Jefry, merupakan anggota ABDB yang kedua memeluk Islam pada tahun ini dan yang ke-116 sejak tahun 2006.

Attachments