Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
BRUNEI DARUSSALAM 15th IMT RETURNS HOME

BOLKIAH GARRISON, Friday, 6 September 2019 - The Brunei Darussalam’s contingent under the 15th International Monitoring Team (IMT-15) safely returned to Brunei Darussalam after successfully completing their tour of duty in Mindanao, Republic of the Philippines. 

A welcoming ceremony was held today for the eight Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel and one from the Royal Brunei Police Force (RBPF).  The 15th IMT that was led by Lieutenant Colonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi.

The Joint Force Commander RBAF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim together with senior officers as well as the family members of 15th IMT were at the Multi-Purpose Hall, Bolkiah Garrison to welcome the team. 

On 2 September 2019, the outgoing IMT-15 members received medals from the Government of the Republic of the Philippines for their invaluable service in the IMT to maintain peace for the people of Mindanao and the Philippines. The event was held at 6 ID HQ Camp Siongco Maguindanao presented by Colonel Steve D. Crespillo, Chief of Staff 6 ID. 

At a separate event, prior to the contingent’s flight home, on 5 September 2019, a handover ceremony between the 15th IMT and 16th IMT was held at the IMT Headquarters, Cotabato City, Mindanao, witnessed by Head of Mission IMT M-14, Major General Dato’ Ya’cob bin Hj Samiran. 

The team also made a farewell call to Al Haj Murad Ebrahim, Chairman of the Moro Islamic Liberation Front (MILF) at Camp Darapanan, Maguindanao on 3 August 2019. During the call, the Chairman expressed his highest appreciation to the Government Brunei Darussalam for the continuous commitment since 2004.





PASUKAN PEMANTAU ANTARABANGSA KE-15 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PULANG KE TANAH AIR

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 6 September 2019 - Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) yang ke-15 telah selamat pulang ke tanahair setelah menjalankan tugas di Mindanao, Republik Filipina. 

Majlis mengalu-alukan kepulangan lapan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang anggota Polis Diraja Brunei (PDB) berlangsung di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison. Kontinjen IMT-15 Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Haji Abd Hadi.

Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U)  Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim berserta pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga anggota IMT ke-15 menyambut ketibaan mereka.

Pada 2 September 2019, anggota-anggota pasukan IMT-15 telah menerima pingat daripada Kerajaan Republik Filipina di atas perkhidmatan mereka yang diberikan di IMT dalam mengekalkan keamanan bagi rakyat Mindanao dan Republik Filipina. Acara penyampaian pingat telah diadakan di Markas Kem 6ID, Siongco Maguindanao yang disampaikan oleh Kolonel Steve D. Crespillo, Ketua Staf 6 ID Armed Forces of the Phillippine. 

Dalam acara berasingan pada 5 September 2019, majlis penyerahan tugas di antara pasukan-pasukan IMT ke-15 dan IMT ke-16 telah diadakan di Pusat IMT, Cotabato City, Mindanao yang disaksikan oleh Mejar Jeneral Dato’ Ya’cob bin Haji Samiran, Ketua Misi IMT M-14. 

Pasukan ini juga mengadakan kunjungan perpisahan kepada Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Kem Darapanan, Maguindanao pada 3 Ogos 2019. Semasa kunjungan tersebut, Pengerusi MILF mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam memberikan komitmen berterusan sejak 2004. 


Attachments