Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES IN AUDIENCE MINISTER FOR DEFENCE, REPUBLIC OF SINGAPORE

ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 7 November 2019 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam received in audience His Excellency Dr. Ng Eng Hen, Minister for Defence of the Republic of Singapore today.  

Accompanying His Excellency Dr. Ng Eng Hen were His Excellency Lim Hong Huai, High Commissioner of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam; and Mr. Teo Eng Dih, Deputy Secretary (Policy), Ministry of Defence, Republic of Singapore.

Also present during the Audience Ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

His Excellency Dr. Ng Eng Hen and his delegation are in the country for a three-day visit from 5 to 7 November 2019, in which His Excellency witnessed the 40th anniversary of Exercise PELICAN between both countries’ navies.

Brunei Darussalam and the Republic of Singapore have enjoyed a close and longstanding defence relationship since 1976 which has grown tremendously with cooperation in the form of visits, defence and military meetings, exercises, trainings, professional exchanges, and cross-attendance of courses.





KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA

ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 7 November 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan, Republik Singapura pada hari ini.  

Menyertai Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen di Majlis Mengadap tersebut ialah Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam; dan Tuan Teo Eng Dih, Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan selama tiga hari bermula dari 5 hingga 7 November 2019, dimana Tuan Yang Terutama telah menyaksikan Eksesais PELICAN di antara Tentera Laut kedua-dua buah negara yang pada tahun ini telah mencapai 40 tahun semenjak ianya mula diadakan.

Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura mempunyai hubungan pertahanan rapat dan sudah lama terjalin semenjak tahun 1976, yang semakin berkembang pesat dengan kerjasama di dalam pelbagai bentuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional, dan kehadiran kursus.

Attachments