Print

Khatam Al-Quran Ceremony In Conjunction With His Majesty 66th Birthday

By RBAF Religious Dept

previewBERAKAS GARRISON, Thursday 12 July 2012 - In conjunction with the celebration of the 66th birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui'zzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on July 15, 2012, several Khatam Al-Quran events were conducted simultaneously this afternoon by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at two separate surau, Berakas Garison for male personnel and the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garison for female personnel.

The ceremony at the Berakas Garrison was attended by Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Commander of RBAF. Also present were Colonel (Rtd) Pg Dato Paduka Haji Azmansham bin Pg Haji Mohammad, Permanent Secretary Policy & Development, Deputy Commander of RBAF, Service Commanders, Commandant of Training Institute RBAF, Directors, Senior Officers and Senior Non-Commissioned and Junior Officers.

The ceremony began with the recitation of mass ‘Tadarus’ read by 66 members of the RBAF respectively representing the units of the armed forces, Ministry of Defence, Special Force Regiment and RBAF Defence Academy.

The ceremony then recited the Surah Al-Fatihah led by the Commander of RBAF followed by a mass Maghrib prayer. Then the Sunnat Hajat prayer was performed, after that the reading of takhtim and khatam prayer continued by the dikir Marhaban and ended with the Isyak  prayer.

While the khatam  Al-Quran event for the female personnel of RBAF at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison attended by senior officers and officers as well as  Female Personnel of the Senior Non-Commissioned and Junior Officers was led by Lt Col Hjh Hasimah binti Haji Abu Bakar.

The Tadarus and Khatam Al-Quran ceremony was held in gratitude to Allah SWT for His kindness in health, longevity and faith to the nation’s leader His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.


 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-66 TAHUN

BERAKAS GARISON, Khamis 12 Julai 2012 - Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 66 tahun pada 15 Julai 2012, beberapa acara Majlis Khatam Al-Quran telah dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara serentak pada malam ini di dua tempat berasingan, di Surau Berakas Garison bagi anggota-anggota lelaki dan di Surau Kememterian Pertahanan Bolkiah Garison bagi anggota-anggota wanita.

Majlis di Surau Berakas Garison dihadiri oleh Mejar General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok  Dato Seri Paduka  Haji Abidin, Pemerintah ABDB.  Turut hadir ialah Kolonel (B) Pg Dato Paduka Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohammad, Setiausaha Tetap Dasar & Pembangunan Kementerian Pertahanan, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan Institut Latihan ABDB, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta PTB Kanan Dan Rendah ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tadarus beramai-ramai dibacakan oleh 66 orang  anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei masing-masing mewakili unit- unit Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan, Rejimen Pasukan Khas dan Akademi Pertahanan ABDB.

Majlis disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemerintah ABDB diteruskan dengan sembahyang fardhu magrib berjemaah. Kemudian diikuti dengan sembahyang sunnat hajat, bacaan takhtim dan doa khatam serta diteruskan dengan laungan dikir marhaban dan diakhiri dengan sembahyang fardhu Isya berjemaah.

Manakala Majlis Khatam Al-Quran bagi Askar Wanita ABDB  di Surau Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison dihadiri oleh pegawai kanan dan pegawai-pegawai  serta PTB-PTB Kanan dan Rendah Askar Wanita telah diketuai oleh Lt Kol Hjh Hasimah binti Haji Abu Bakar.

Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran ini diadakan adalah sebagai tanda syukur kepada Allah Subhanahu Wataala di atas limpah kurnianya dalam memberikan nikmat kesihatan, lanjut usia dan keimanan kepada Pemimpin negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultah Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan mengikut format halaqah bacaan 30 juzuk dimana setiap anggota yang terpilih membaca sebanyak satu juzuk setiap seorang dan diakhiri dengan tahktim dan doa khatam Al-Quran.

03b

06b

02b

07b

Photos by Hj Zaini & LKpl Hj Helmi

RBAF Major Units

TD DB    Royal Brunei Land Force
TL logo1    Royal Brunei Navy
TU DB logo   Royal Brunei Airforce
IL ABDB   Training Institute RBAF

Contact Us

Public Relations Unit
Ministry of Defence
Bolkiah Garrison BB3510
Brunei Darussalam
Tel: +6732-2386371 / 2386372 / 2386373
Fax: +673-2381934 / +673-2383277
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.