Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF HELD NUZUL AL-QURAN 1442H, ORPHAN DONATION AND CHARITABLE AID FUNCTION

KG TANAH JAMBU, Thursday, 6 May 2021 – The Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a religious function to commemorate Nuzul Al-Quran, and presented donations to orphans and  specific groups of MINDEF at Surau Asy-Syuhada', Defence Academy RBAF today.

The function featured a special religious talk delivered by Ustaz Awang Fariszal bin Ali, Assistant Prison Counsellor at the Prison Department, Ministry of Home Affairs titled "Al-Quran: The Basis and Catalyst of National Development". The function continued with donations to 77 orphans and charitable aid to 26 recipients to ease their burden to perform religious obligations in the month of Ramadhan and to help prepare for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebration.

Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF, Permanent Secretary at MINDEF, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Acting Village Head of Kampung Tanah Jambu and Kampung Salar, officers and personnel of MINDEF and RBAF.







KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN, PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM DAN BANTUAN EHSAN

KG TANAH JAMBU, Khamis, 6 Mei 2021 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim serta bantuan ehsan kepada golongan-golongan yang tertentu Kementerian Pertahanan di Surau Asy-Syuhada’, Akademi Pertahanan ABDB pada hari ini.

Majlis mengetengahkan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara di Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertajuk ‘Al-Quran Asas dan Pemangkin Pembangunan Negara’. Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 77 orang anak-anak yatim serta 26 orang penerima bantuan ehsan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan mereka untuk melaksanakan kewajipan dalam bulan Ramadhan dan membantu dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. 

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Ketua Kampung Tanah Jambu dan Kampung Salar, pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Attachments