Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI LAND FORCE PLAYS SUPPORTING ROLE IN HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER OPERATIONS IN TUTONG AND BELAIT DISTRICT

TUTONG, Friday, 7 May 2021 – The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) and Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) continue to play essential supporting roles in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations across the country. These roles can be seen in the recent heavy rain that caused flood and landslides in some parts of the country. Amongst places badly affected were the Hassanal Bolkiah Mosque in Tutong District and Pekan Seria Mosque in Kuala Belait District, which saw 2Bn and 3Bn RBLF personnel being deployed to provide assistance.

The operations aimed to clear and clean up the affected areas, including the mosques’ interior and exterior spaces, in ensuring the mosques can be used again for religious activities. During the relief efforts, the Brunei Fire and Rescue Department also provided logistics support. 

Such HADR operations reflect the Royal Brunei Armed Forces’ continuous strong commitment in supporting the National Disaster Management Centre (NDMC) as the nation’s lead agency in disaster response as well as other relevant agencies in alleviating such situations rapidly and effectively. These emergency operations also foster good civil-military relations between the RBLF, civilian agencies, and community members. 





TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HULURKAN BANTUAN OPERASI KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM DI DAERAH TUTONG DAN DAERAH BELAIT

TUTONG, Jumaat, 7 Mei 2021 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) terus memainkan peranan yang penting dalam menyokong operasi bantuan kemanusiaan dan bencana alam di seluruh negara. Ini dapat disaksikan dalam kejadian hujan lebat baru-baru ini yang telah menyebabkan banjir dan tanah susur di beberapa kawasan di Daerah Tutong dan Kuala Belait. Di antara tempat yang teruk terjejas adalah Masjid Hassanal Bolkiah di Daerah Tutong dan Masjid Pekan Seria di Daerah Kuala Belait, di mana anggota dari 2Bn TDDB dan 3Bn TDDB telah dikerahkan untuk memberikan bantuan.

Tujuan operasi tersebut adalah untuk membersihkan kawasan di dalam masjid dan di kawasan perkarangan masjid yang terjejas agar ianya dapat diguna pakai kembali bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan. Antara bantuan yang diberikan semasa operasi termasuk sokongan logistik dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Operasi seperti ini mencerminkan komitmen kuat yang beterusan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menyokong Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), sebagai agensi peneraju utama dalam menangani bencana, serta agensi-agensi lain yang berkaitan dalam meredakan situasi banjir dengan pantas dan berkesan. Operasi seperti ini juga turut menyumbang dalam mengeratkan lagi hubungan baik antara pihak TDDB bersama agensi-agensi awam dan masyarakat.


Attachments