Skip Ribbon Commands
Skip to main content
STRATEGY MANAGEMENT GROUP CONVENED ITS MEETING

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 10 June 2021 - The Strategy Management Group (SMG) convened its meeting in conjunction with the completion of the Strategic Management Review Process 2020 at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.

Chaired by the Minister of Defence II, the SMG comprises of the Commander of RBAF, Permanent Secretary, Service Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries and the Commandant of RBAF Training Institute. The meeting was also attended by strategic objective owners. 

The SMG Meeting is one of the strategic management platforms to provide interface between the SMG and strategic objective owners, where performance issues are deliberated, underperformance are examined, strategies and action plans are reviewed, and performance improvement action plans are issued in the form of SMG directives as the main deliverables of the meeting. 

In his opening remarks, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, reiterated the needs for the Ministry of Defence and RBAF to always proactively respond to developments in the strategic environment, in upholding the calls by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. 

The SMG Chairman also reiterated that the three defence pillars and seven key result areas of defence (IKWONDAMAI) need to be embodied and instilled in management and decision making at respective functional roles as defence strategic guidance to move forward in this fiscal year and immediate years. 

The Strategic Management Review 2020 was conducted to update the Ministry of Defence Strategic Management framework. Completed in December 2020, the review yielded the new Vision Statement – A Formidable Armed Forces and A Reliable Partner. The review also produced updated line-ups of Defence Strategic Objectives and Corporate KPIs.

The SMG session was facilitated by the Office of Strategy Management (OSM), acting as the Secretariat for the SMG.




KUMPULAN PENGURUSAN STRATEGI MENGADAKAN MESYUARAT

BOLKIAH GARISON Khamis, 10 Jun 2021 - Kumpulan Pengurusan Strategi (SMG) telah mengadakan mesyuaratnya bersempena dengan selesainya Proses Ulangkaji Pengurusan Strategik 2020 di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Kedua, SMG terdiri daripada Pemerintah  Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Komandan Institut Latihan ABDB. Mesyuarat turut dihadiri oleh pemilik-pemilik objektif strategik. 

Mesyuarat SMG adalah salah satu platform pengurusan strategik yang menyediakan interface antara SMG dan pemilik-pemilik objektif strategik di mana isu-isu prestasi diperbincangkan, prestasi rendah diteliti, strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan di kaji semula, dan pelan-pelan tindakan pembaikan prestasi dihasilkan dalam bentuk directives sebagai deliverable utama mesyuarat.   

Pada ucapan pembukaannya, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar General [Bersara] Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, sebagai Pengerusi Mesyuarat, menekankan kepentingan bagi Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk sentiasa respon secara proaktif terhadap perkembangan dalam persekitaran strategik, dalam menjunjung tinggi seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pengerusi SMG juga menekankan bahawa tiga tonggak pertahanan dan tujuh key result areas bagi pertahanan (IKWONDAMAI) perlu dihayati dan diserapkan dalam pengurusan dan pembuatan keputusan dan juga peranan fungsi masing-masing sebagai panduan strategik pertahanan untuk maju kehadapan bagi Tahun Kewangan ini dan tahun-tahun terdekat.

Ulangkaji Pengurusan Strategik 2020 dilaksanakan untuk mengemaskini Kerangka Kerja Pengurusan Strategik Kementerian Pertahanan. Selesai dilaksanakan pada bulan Disember 2020, ulangkaji menghasilkan Kenyataan Visi baru – Sebuah Angkatan Tentera yang Dihormati dan Rakan Kerja yang Mantap. Ulangkaji tersebut juga menghasilkan barisan Objektif-Objektif Strategik dan KPI Korporat Pertahanan yang kemaskini.

Sesi SMG tersebut telah dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Strategi (OSM) selaku Sekretariat bagi SMG.


Attachments