Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES FAREWELL CALL FROM OUTGOING AUSTRALIAN HIGH COMMISSIONER TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 01 December 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, received a Farewell Call from Her Excellency Tiffany McDonald, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam today.

During the call, both sides expressed their satisfaction on the close and strong defence relations between Brunei Darussalam and Australia. Yang Berhormat Minister of Defence II also conveyed the Ministry's gratitude to Her Excellency Tiffany McDonald and the Australian Government for their commitment to enhancing the bilateral defence ties as well as for their contributions in assisting the Ministry of Defence in supporting Brunei Darussalam's efforts to overcome the COVID-19 pandemic. Yang Berhormat Minister of Defence II also expressed his gratitude and appreciation for Her Excellency’s efforts and contributions toward the long-standing defence relations between both countries and wished her all the best in her future undertakings.


This month, both countries marked several significant events, including the conduct of the ASEAN-Australia Defence Ministers' Informal Meeting on 10 November 2021 and the 18th Brunei Darussalam-Australia Joint Defence Working Committee meeting on 25 November 2021, where both meetings were conducted virtually. 


Her Excellency Tiffany McDonald presented her Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 10 September 2020.






MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Rabu, 01 Disember 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada Puan Yang Terutama Tiffany McDonald, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.


Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak merakamkan rasa puas hati atas hubungan pertahanan yang akrab dan kukuh antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua turut merakamkan penghargaan kepada Puan Yang Terutama Tiffany McDonald dan Kerajaan Australia atas komitmen mereka dalam meningkatkan hubungan pertahanan dua hala, serta sumbangan mereka dalam membantu Kementerian Pertahanan dalam menyokong usaha-usaha Negara Brunei Darussalam dalam menangani pandemik COVID-19. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan atas segala usaha dan sumbangan Puan Yang Terutama terhadap hubungan kerjasama pertahanan yang sudah sekian lama terjalin antara kedua-dua buah negara dan ucapan selamat maju jaya dalam apa jua penugasan yang akan datang.   


Pada bulan ini, kedua-dua buah negara telah mengadakan beberapa acara signifikan termasuk Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Australia yang telah diadakan pada 10 November 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama ke-18 pada 25 November 2021, yang telah dilaksanakan secara dalam talian.


Puan Yang Terutama Tiffany McDonald telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 September 2020.


Attachments