Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COMMANDER CONDUCTED INTRODUCTORY VISIT TO THE REPUBLIC OF SINGAPORE AND RECEIVED MERITORIOUS SERVICE MEDAL (MILITARY)


REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 14 June 2022 – Yang Mulia Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) made an introductory visit to the Republic of Singapore from 13 to 15 June 2022. Accompanying the RBAF Commander was Colonel (U) Haji Muhammad Muluddin bin Awang Haji Latif, Director of Intelligence, Ministry of Defence of Brunei Darussalam. 

Upon arrival at the Ministry of Defence Singapore, the RBAF Commander received an Honorary Salute and inspected the Guard of Honour. This proceeded with a courtesy call to His Excellency Dr Ng Eng Hen, Minister of Defence of Singapore, accompanied by Lieutenant General Dato Paduka Seri Melvyn Ong, Chief of Defence Force of the Singapore Armed Forces (SAF). During the call, both sides reiterated their mutual commitment to further strengthen their close bilateral defence ties and enhance opportunities, both bilaterally and multilaterally, in areas of mutual interest while contributing to the peace and stability of the region. 

The RBAF Commander was then conferred with Singapore’s prestigious military award, the Meritorious Service Medal (Military) [MSM(M)] by Her Excellency Dr Hajah Halimah binti Yacob, President of the Republic of Singapore. The award was presented by His Excellency Dr Ng Eng Hen, Minister for Defence, Republic of Singapore, at an investiture held at the Ministry of Defence Singapore. 

The prestigious military award was conferred to the RBAF Commander in his capacity as Commander of the Royal Brunei Land Force from 2020 to 2022 for his significant contributions and efforts in fostering and expanding the bilateral relationship between the Royal Brunei Land Force and Singapore Army, despite the challenges experienced during the COVID-19 pandemic. 

As part of the visit program, the RBAF Commander also visited the Aster-30 Squadron at the Lim Chu Kang Camp, as well as the Frigate and Counter-Terrorism Information Facility at Changi Naval Base. The RBAF Commander and delegation were also invited to an official dinner hosted by the Chief of Defence Force of the SAF and was also attended by key senior officers of the SAF. 

Prior to his introductory visit, the RBAF Commander also attended the 19th Shangri-La Dialogue from 10 to 12 June 2022 in the Republic of Singapore. 

The introductory visit underscores the special and long-standing defence relationship between the RBAF and the SAF. Brunei Darussalam established its defence relations with the Republic of Singapore in 1976 and is considered as a key pillar of bilateral ties between both countries. In 2021, the RBAF and SAF celebrated its 45th anniversary of bilateral defence relations. Both armed forces interact regularly through various platforms of cooperation including high-level visits, bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, as well as training and courses, resulting in their close professional relationships and camaraderie. 





PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN LAWATAN PENGENALAN KE REPUBLIK SINGAPURA DAN MENERIMA PINGAT JASA GEMILANG (TENTERA) 

REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 14 Jun 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah mengadakan lawatan pengenalan ke Republik Singapura dari 13 hingga 15 Jun 2022. Turut mengiringi Pemerintah ABDB ialah Kolonel (U) Haji Muhammad Muluddin bin Awang Haji Latif, Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam. 

Sejurus ketibaan di Kementerian Pertahanan Republik Singapura, Pemerintah ABDB menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan. Ini diikuti dengan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura, diiringi oleh Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Melvyn Ong, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura. Semasa perjumpaan tersebut, kedua belah pihak mengulangi komitmen bersama untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala dan meningkatkan peluang, dua hala dan pelbagai hala, dalam bidang kepentingan bersama sambil menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan serantau. 

Pemerintah ABDB kemudian dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) [MSM(M)] oleh Puan Yang Terutama Dr Hajah Halimah binti Yacob, Presiden Republik Singapura. Pingat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura di sebuah majlis yang diadakan di Kementerian Pertahanan Republik Singapura. 

Pemerintah ABDB telah menerima anugerah [MSM(M)] dalam kapasiti beliau sebagai Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dari tahun 2020 hingga tahun 2022 atas sumbangan dan usaha beliau dalam memupuk dan memperkembangkan hubungan dua hala di antara Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Darat Republik Singapura, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dari pandemik COVID-19. 

Sebagai sebahagian daripada program lawatan tersebut, Pemerintah ABDB juga telah membuat kunjungan ke Skuadron Aster-30 di Kem Lim Chu Kang, serta Frigate dan Counter-Terrorism Information Facility di Changi Naval Base. Pemerintah ABDB dan delegasi juga turut dijemput ke majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura dan dihadiri oleh pegawai- pegawai kanan utama Angkatan Bersenjata Republik Singapura. 

Sebelum mengadakan lawatan pengenalan ke Republik Singapura, Pemerintah ABDB juga telah menghadiri 19th Shangri-La Dialogue dari 10 hingga 12 Jun 2022 di Republik Singapura. 

Lawatan pengenalan Pemerintah ABDB ini mencerminkan hubungan pertahanan yang istimewa dan erat di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura. Negara Brunei Darussalam menubuhkan hubungan pertahanan dua hala bersama Republik Singapura pada tahun 1976 dan dianggap sebagai tonggak utama hubungan dua hala di antara kedua-dua negara. Pada tahun 2021, ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura telah meraikan hubungan pertahanan dua hala yang ke-45 tahun. Kedua buah angkatan tentera telah berinteraksi secara kerap melalui pelbagai platform kerjasama termasuk kunjungan rasmi, eksesais dua hala dan pelbagai hala, pertukaran profesional, serta latihan dan kursus, yang merapatkan lagi hubungan profesional dan setiakawan di antara kedua buah angkatan tentera.


Attachments