Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
54 ROYAL BRUNEI ARMED FORCES OFFICERS PROMOTED


BERAKAS, Monday, 4 July 2022 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 54 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers have been promoted in a ceremony that took place today at the Officers' Mess, Berakas Garrison.

Present to award the new insignias was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.

The newly promoted officers comprised 4 Senior Officers being promoted to Colonel, 3 officers to Substantive Lieutenant Colonel, 11 officers to Substantive Major / Lieutenant Commander (RBN), 1 officer to Acting Major, 29 officers to Substantive Captain / Lieutenant (RBN) and 6 officers to Acting Captain / Lieutenant (RBN).

Also present were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence; Service Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Commandants and officers of the Ministry of Defence and the RBAF, as well as family members of the promoted officers.






54 PEGAWAI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DINAIKKAN PANGKAT

BERAKAS, Isnin, 4 Julai 2022 - Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 54 orang pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan pangkat pada majlis yang berlangsung hari ini di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Hadir bagi menyempurnakan majlis kenaikan pangkat tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.

Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat terdiri daripada 4 orang Pegawai Kanan yang dinaikkan ke pangkat Kolonel, 3 orang pegawai dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel Tetap, 11 orang pegawai dinaikkan ke pangkat Mejar / Leftenan Komander (TLDB) Tetap, 1 pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar, 29 orang pegawai dinaikkan ke pangkat Kapten / Leftenan (TLDB) Tetap dan 6 orang pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Kapten / Leftenan (TLDB).

Turut hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Komandan-komandan, pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB, serta keluarga para pegawai yang dinaikkan pangkat.


Attachments