Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF PARTICIPATE IN THE 48TH MALAM MUNAJAT ORGANISED BY THE MINISTRY OF RELIGIOUS AFFAIRS

BOLKIAH GARRISONSaturday, 13 August 2022 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) once again participated in the Malam Munajat conducted virtually by the Ministry of Religious Affairs (MORA) this evening. The function was the 48th iteration conducted by MORA, and held simultaneously in all RBAF suraus and Pulau Baru-Baru Mosque with the main focus at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

Present were Colonel (Retired) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Permanent Secretary (Development, Maintenance and Technology) Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, civilian and military directors, senior officers, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.


The function began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by the Permanent Secretary (Development, Maintenance and Technology) Ministry of Defence followed by the mass recitation of Surah Yaasin led by Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, Acting Deputy Dean of Seri Begawan Religious Teaching University College (KUPU SB) from Kampong Bang Dalam Mosque. It then proceeded with the Munajat prayer recited by Pengiran Mohammaddin bin Pengiran Haji Aliakbar, Acting Chief Registrar of the Syariah Court, State Judiciary Department, Prime Minister's Office. 


The function then continued with a tazkirah titled ‘Konsep Negara Aman di dalam Al-Qur’an Satu Iktibar’ by Ustaz Pengiran Ahmad Hasanuddin bin Pengiran Haji Tejudin, Acting Religious Officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). This was followed with a recitation of Zikir Taubat led by Major Abdul Mujib bin Japar, Staff Officer Grade I (Operations) from JAMA’AT, and recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam recited by Awang Morni bin Haji Nayan, Mosque Affairs Officer, Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampong Tungku Katok.


The Malam Munajat is a weekly activity organised by the MORA as a spiritual endeavour to bring the entire community in Brunei Darussalam together to pray, recite zikr and seek Allah Subhanahu Wa Ta'ala forgiveness and protection from the spread of COVID-19 in the country.



 

Surau Ad-Difa' Bolkiah Garison


Surau Al-Fa'izun Berakas Garison


Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei


Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei


Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison


Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong


Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut


Surau Asy Syuja'ah, Rejimen Pasukan Khas


Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI MALAM MUNAJAT ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KALI KE-48


BOLKIAH GARISON, Sabtu, 13 Ogos 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah sekali lagi menyertai Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) secara dalam talian malam ini. Acara tersebut adalah kali ke-48 diadakan oleh KHEU dan disambut secara serentak di semua surau-surau perkhemahan ABDB dan Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. 


Hadir pada acara tersebut adalah Kolonel (Bersara) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pengarah-pengarah awam dan tentera, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 


Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) Kementerian Pertahanan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dipimpin oleh Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, Pemangku Timbalan Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dari Masjid Kampong Bang Dalam. Ianya kemudian diteruskan dengan Doa Munajat yang dibacakan oleh Pengiran Mohammaddin bin Pengiran Haji Aliakbar, Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri. 


Acara diteruskan dengan penyampaian tazkirah bertajuk ‘Konsep Negara Aman di dalam Al-Qur’an Satu Iktibar’ oleh Ustaz Pengiran Ahmad Hasanuddin bin Pengiran Haji Tejudin, Pemangku Pegawai Ugama Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Ini diikuti dengan bacaan Zikir Taubat yang dipimpin oleh Mejar Abdul Mujib bin Japar, Pegawai Turus Gerakan JAMA’AT, dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Awang Morni bin Haji Nayan, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampong Tungku Katok.


Malam Munajat ini adalah merupakan aktiviti mingguan anjuran KHEU sebagai satu usaha kerohanian dan pendekatan bagi mendekatkan seluruh masyarakat di Negara Brunei Darussalam untuk sama-sama bermunajat, beristighfar, berzikir, dan merafa’kan doa memohon kemaafan dan perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala khususnya daripada penularan wabak COVID-19 di negara ini.





Attachments