Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVES JOINT COURTESY CALL FROM THE UNITED KINGDOM’S FOREIGN, COMMONWEALTH AND DEVELOPMENT OFFICE (FCDO) AND FOREIGN AND COMMONWEALTH UNIT

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 30 November 2022 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a joint courtesy call from Mr. Andrew Murdoch, Legal Director, Foreign, Commonwealth and Development Office (FCDO) and Ms. Lowri Mai Griffiths, Head of the Ocean Policy Unit, Foreign And Commonwealth Unit, this morning.


During the call, both sides underscored the need to work together to uphold maritime security for the region's peace, prosperity and stability. Both Mr. Andrew Murdoch and Ms. Lowri Mai Griffiths are in Brunei Darussalam for the inaugural Brunei-United Kingdom Maritime Dialogue 2022 on 29 November 2022, hosted by the Ministry of Foreign Affairs Brunei Darussalam.


Defence relations stand as one of the most significant areas of cooperation within the overall bilateral relations between both countries. The Exchange of Notes (EON), Exchange of Letters (EOL) and various agreements, as well as robust defence interactions, training and courses, provide a strong foundation for the flourishing Brunei Darussalam – United Kingdom defence relations. 





TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA DARIPADA FOREIGN, COMMONWEALTH AND DEVELOPMENT OFFICE (FCDO) DAN FOREIGN AND COMMONWEALTH UNIT, UNITED KINGDOM


BOLKIAH GARISON, Rabu, 30 November 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, menerima kunjungan hormat bersama daripada Andrew Murdoch, Pengarah Undang-Undang, Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) dan Lowri Mai Griffiths, Ketua Unit Dasar Lautan, Unit Luar dan Komanwel, pagi tadi.


Semasa kunjungan hormat itu, kedua-dua pihak menekankan keperluan untuk bekerjasama dalam memelihara keselamatan maritim bagi keamanan, kemakmuran dan kestabilan rantau ini. Andrew Murdoch dan Lowri Mai Griffiths kini berada di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Brunei-United Kingdom Maritime Dialogue 2022 yang julung kali diadakan pada 29 November 2022 dan dihoskan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.


Hubungan pertahanan merupakan salah satu bidang kerjasama yang paling penting dalam keseluruhan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara. Pertukaran Nota (Exchange of Notes), Pertukaran Surat (Exchange of Letters) dan pelbagai perjanjian, interaksi pertahanan yang mantap, serta latihan dan kursus menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan pesat hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom.​ ​


Attachments