TANAH JAMBU, Thursday, 26 January 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today graced the Sovereign’s Parade Ceremony for the 21st intake of officer cadets of the Officer Cadet School which was held at the Parade Square of the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) in Kampung Tanah Jambu.
Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was
His Royal Highness 920 Major (U) Prince 'Abdul Mateen.
Upon arrival, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was greeted by Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence and
Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
Shortly after, His Majesty received the Royal Salute and inspected the Parade, which was commanded by 1273 Captain (Udara) Muhd Shah Redzuan bin Haji Mat Serudin. The Ceremony then proceeded with a march-past by the officer cadets.
At the Ceremony, His Majesty delivered a titah.
His Majesty then presented awards to the best officer cadets of the 21st intake, which was
preceded by the presentation of the Sword of Honour to Officer Cadet Awang Muhd Asyraf bin Haji Awang Amin, who holds a
Bachelor Degree in Law (LLB) from
London South Bank University, United Kingdom. The Sword of Honour is the highest award bestowed by His Majesty to an officer cadet, which signifies the pillar of utmost brilliance for the officer cadet who has the highest overall achievements in basic military training, academic, physical and in all aspects of training and leadership.
His Majesty then presented the Best Academic Award to Midshipman Wan Afifi bin Wan Ali, RBN who holds a Master of Logistics from Universiti Brunei Darussalam. He received the award based on his overall academic results throughout the training.
The Best Military Skills Award was granted to Officer Cadet Mohammad Norhafiz bin Mohd Sani, who holds a Bachelor of Shariah (Fiqh and Judiciary) from
Universiti Islam Sultan Sharif Ali. The conferment of this award was based on his excellent achievements in all areas of military skills.
Meanwhile, the Best in Physical Training Award was presented to Officer Cadet (Udara)
Haji Mohammad Nasrullah bin Haji Mohammad Hidin, who holds a Bachelor of Science in Mathematics from Universiti of Brunei Darussalam in recognition of the officer cadet’s outstanding achievement in physical training.
After the awards presentation, 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' was then called out three times from the parade, followed by a Doa recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).
His Majesty then received a pesambah from the newly commissioned officer cadets. The pesambah was named “Nahwa Attafawuq’ which means “Towards Excellence”.
The ceremony continued with a get-together session (Majlis Junjung Ziarah) from the newly commissioned officer cadets with their respective families and concluded with a group photo session.
A total of 64 officer cadets (which comprised 45 males and 19 females) were commissioned today, in which 31 officer cadets were commissioned as Royal Brunei Land Force (RBLF) officers, 14 officer cadets as Royal Brunei Navy (RBN) officers and 19 officer cadets as Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers.
The Sovereign's Parade is the culmination of the RBAF Officer Cadet School’s prestigious intensive military training aimed towards equipping newly commissioned officers with knowledge, faith, discipline, professionalism and leadership skills.
The 48-week Officer Cadet Training of the 21st intake began on 14 February
2022, which involved a variety of exercises and military activities dedicated to improve the quality of leadership, character and intellect as required of every RBAF officer.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERANGKAT KE UPACARA SOVEREIGN’S PARADE BAGI PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-21, SEKOLAH PEGAWAI KADET
TANAH JAMBU, Khamis, 26 Januari 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat ke Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai-pegawai Kadet Pengambilan Ke-21, Sekolah Pegawai Kadet yang berlangsung di Padang Kawad Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan Perbarisan di bawah perintah Pegawai Perbarisan, 1273 Kapten (Udara) Muhd. Shah Redzuan bin Haji Mat Serudin. Ini disusuli dengan acara perbarisan berjalan lalu oleh pegawai-pegawai kadet.
Semasa Upacara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah.
Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengurniakan Anugerah-anugerah bagi Pegawai-pegawai Kadet Terbaik Pengambilan Ke-21 yang didahului dengan Anugerah Pedang Kehormatan kepada Pegawai Kadet Awang Muhd. Asyraf bin Haji Awang Amin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti London South Bank, United Kingdom. Anugerah Pedang Kehormatan merupakan anugerah penghormatan tertinggi yang dikurniakan oleh Baginda kepada pegawai kadet, dan ianya merupakan simbol kecemerlangan terbaik secara keseluruhan bagi pegawai kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik, fizikal dan dalam semua aspek kepimpinan.
Baginda seterusnya mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada Pegawai Kadet (Laut) Wan Afifi bin Wan Ali, TLDB, yang berkelulusan Sarjana dalam Logistik dari Universiti Brunei Darussalam. Pegawai ini dikurniakan anugerah tersebut berdasarkan kepada keputusan keseluruhan akademik terbaik di sepanjang latihan dijalankan.
Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera pula dikurniakan kepada Pegawai Kadet Mohammad Norhafiz bin Mohd Sani, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Shariah (Fiqh & Judiciary) dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Pengurniaan anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan beliau mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran kemahiran tentera.
Manakala Pegawai Kadet (Udara) Haji Mohammad Nasrullah bin Haji Mohammad Hidin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Matematik dari Universiti Brunei Darussalam pula telah menerima Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani, sebagai pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang Pegawai Kadet tersebut dalam latihan jasmani.
Selesai pengurniaan anugerah-anugerah berkenaan, sembah 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' dilaungkan sebanyak tiga kali oleh pasukan perbarisan, diikuti dengan bacaan doa oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya menerima pesambah yang bertemakan “Nahwa Attafawuq’ yang membawa maksud “Ke Arah Kecemerlangan”.
Baginda seterusnya berkenan menghadiri Majlis Junjung Ziarah daripada pegawai-pegawai kadet yang baru ditauliahkan serta keluarga masing-masing; sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai.
Seramai 64 orang pegawai kadet (yang terdiri daripada 45 lelaki dan 19 wanita) telah ditauliahkan pada hari ini, yang mana 31 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 14 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan 19 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Upacara Sovereign's Parade adalah acara kemuncak latihan ketenteraan intensif yang berprestij bagi Sekolah Pegawai Kadet ABDB dalam melengkapkan pegawai yang baru ditauliahkan dengan ilmu pengetahuan, kepercayaan, disiplin, profesionalisme dan kemahiran kepimpinan.
Latihan Pegawai Kadet Pengambilan Ke-21 selama 48 minggu ini telah bermula pada 14 Februari 2022, yang melibatkan pelbagai latihan dan aktiviti ketenteraan khusus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan, perwatakan dan intelek sepertimana yang dikehendaki bagi setiap pegawai ABDB.