SUBANG AIR BASE, MALAYSIA, Wednesday, 20 November 2024 – The final flight of the Malaysian Battalion Contingent (MALBATT) 850-11 for the peacekeeping mission of The United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) comprising of 217 personnel has safely arrived at Subang Airbase, Malaysia this morning. Following this flight, the final two personnel from Royal Armed Forces (RBAF) are Major Mohammad Hafizi bin Sabli as Head of Brunei Darussalam's Contingent for MALBATT 850-11 and Captain (U) Mohammad Yusran bin Isak.
Present to welcome their return was Yang Berbahagia Admiral Datuk Zulhelmy bin Ithnain, RMN, Chief of the Royal Malaysian Navy (RMN) as the Guest of Honour. Also present were Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Brunei Darussalam's Defence Adviser to Malaysia, Senior Officers from the Malaysian Armed Forces (MAF) and family members of the MALBATT 850-11 contingent.
The parade ceremony commenced with a General Salute from the contingent, followed by the MAF song and speech delivered by the Guest of Honour. The chanting of ‘Gempur Wira’ concluded the parade and was followedby the recitation of the
Doa.
Today’s final flight arrival completed the return of all personnel from the MALBATT 850-11 contingent. The Disbandment Ceremony for MALBATT 850-11 will be held on 10 December 2024 at MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. The RBAF personnel from the MALBATT 850-11 contingent will return to Brunei Darussalam on the 11 December 2024.
PENERBANGAN TERAKHIR BAGI KEPULANGAN KONTINJEN
MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) 850-11 BAGI MISI PENGAMAN PASUKAN INTERIM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI LUBNAN (UNIFIL) SELAMAT SAMPAI DI PANGKALAN UDARA SUBANG, MALAYSIA
PANGKALAN UDARA SUBANG, MALAYSIA, Rabu, 20 November 2024 – Penerbangan terakhir bagi kepulangan Kontinjen
Malaysian Battalion (MALBATT 850-11) bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) seramai 217 anggota telahpun selamat sampai di Pangkalan Udara Subang, Malaysia pada pagi ini. Mengikuti penerbangan tersebut adalah dua anggota yang terakhir dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah Mejar Mohammad Hafizi bin Sabli, selaku Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi
MALBATT 850-11 dan Kapten (U) Mohammad Yusran bin Isak.
Hadir bagi mengalu-alukan kepulangan mereka ialah Yang Berbahagia Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain, TLDM, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli-ahli keluarga kontinjen
MALBATT 850-11.
Upacara perbarisan dimulai dengan Tabik Hormat dari kontinjen, diikuti dengan lagu ATM dan ucapan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat. Laungan 'Gempur Wira' mengakhiri perbarisan dan disusuli dengan bacaan Doa.
Ketibaan penerbangan yang terakhir pada hari ini telah menlengkapkan kepulangan kesemua anggota-anggota kontinjen MALBATT 850-11. Seterusnya, Majlis Pembubaran kontinjen
MALBATT 850-11 akan diadakan pada 10 Disember 2024 di Perkampungan
MALBATT, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Anggota-anggota ABDB dari kontinjen MALBATT 850-11 akan pulang kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 11 Disember 2024.