Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICER LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE SERIES 02/2024 EXECUTION OF THE 4P PROCESS WEEK.

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 20 September 2024 – The Senior Non-Commissioned Officer Leadership and Management Course Series 2/2024 commenced with the 4P (Perancangan, Penyusunan, Pengarahan dan Pengawalan) process week.

The 4P Process aims to enhance competency and knowledge by providing hands-on activities that promote teamwork, communication, and problem-solving. The importance of the learning objective is to give exposure and learn procedures in managing events to the course participants. This week, the course participants were tasked by syndicates to execute the 4P Process through organizing events namely, Mess Event, Cleaning Campaign and 'Sukan Riadah'.

The on-going course began on 27 August 2024 and expected to conclude on 26th September. 31 personnel consisting of 28 Airmen from the RBAirF, 2 personnel from Joint Force Headquarters (JFHQ) and a representative from the Royal Malaysian Air Force (RMAF) participated in this edition of the course. 


MINGGU PERLAKSANAAN PROSES 4P BAGI KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN SIRI 02/2024.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 20 September 2024 - Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan Siri 02/2024, dimulakan dengan Minggu Proses 4P (Perancangan, Penyusunan, Pengarahan dan Pengawalan).

Proses 4P bertujuan bagi meningkatkan kecekapan dan pengetahuan dengan menyediakan aktiviti yang menggalakkan kerja berpasukan, komunikasi dan penyelesaian masalah. Kepentingan tujuan pembelajaran adalah bagi memberi mendedahkan dan mempelajari tatacara pengendalian acara-acara kepada peserta kursus. Minggu ini, peserta kursus telah ditugaskan secara bersindiket untuk melaksanakan proses 4P melalui pengendalian acara-acara seperti, Acara Mes, Kempen Kebersihan dan Sukan Riadah.

Kursus tersebut telah bermula pada 27 Ogos 2024 dan dijangka akan tamat pada 26 September 2024. Seramai 31 anggota yang terdiri daripada 28 anggota TUDB dan 2 anggota Markas Angkatan Bersama (MAB) dan seorang daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyertai edisi kursus pada kali ini.