Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF HELD KORBAN AND AQIQAH CEREMONY FOR 1442 HIJRAH

Rimba Air Force Base, Thursday, 22 July 2021 – The RBAirF this afternoon distributed sacrificial meat to RBAirF personnel and Asnaf group living in the vicinity of Kampong Rimba, in a Korban and Aqiqah Ceremony in conjunction with Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah celebration.

Present to distribute the meat were Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Deputy Commander of RBAirF and RBAirF Board of Executives. Also in attendance were Senior Officers, Officers and Airmen as well as Head Village of STKRJ Rimba and civilian community in the Kampong Rimba area.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Takbir. The ceremony then continued with the meat distribution and concluded with the recitation of thanksgiving prayer by Ustaz Said bin Haji Yusop.

RBAirF also home delivered sacrificial meat to Asnaf group living in the vicinity of Kampong Rimba.



 

MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1442 HIJRAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

 

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 22 Julai 2021 – TUDB petang ini telah mengagihkan daging-daging korban dan aqiqah kepada anggota TUDB dan golongan-golongan asnaf yang tinggal di kawasan Kampong Rimba dalam satu Majlis Korban dan Aqiqah bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah.

Hadir bagi mengagihkan daging korban dan aqiqah ialah Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pemerintah TUDB dan Badan Eksekutif TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB serta Ketua Kampong STKRJ Rimba dan penduduk-penduduk sekitar Kampong Rimba.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan Takbir. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Ustaz Said bin Haji Yusop.

TUDB juga telah menghantar daging-daging korban ke rumah golongan asnaf yang tinggal berhampiran dengan kawasan Kampong Rimba.