Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMMANDER RBAirF RECEIVED VIRTUAL COURTESY CALL FROM DEFENCE ATTACHE OF SOCIALIST REPUBLIC OF VIETNAM IN BRUNEI DARUSALAM.

Rimba Air Force Base, Thursday, 23 September 2021 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, received a courtesy call from Senior Colonel Nguyen Tien Son, the outgoing Defence Attache of Socialist Republic of Vietnam and his successor Lieutenant Colonel Nguyen Ngoc Huan via video teleconference (VTC) today at Cenderawasih Hall, RBAirF Headquarters.

The Commander of RBAirF took the opportunity to congratulate Vietnam Air Defence – Air Force in the success of hosting the 17th ASEAN Air Force Chiefs Conference (AACC) last year. During the call, both sides expressed their commitment towards strengthening and enhancing bilateral and multilateral relations between both Air Forces through various possible avenues such as exchange in visits, training, courses and capacity building. The Commmander of RBAirF assured the two relations continue to develop despite the challenges of the pandemic of COVID-19.

Before the call ended, the Commander of RBAirF conveyed his warmest appreciation to Senior Colonel Nguyen Tien Son for his contribution and cooperation during his tenure as the Defence Attache of Socialist Republic of Vietnam since June 2017. The Commander of RBAirF also congratulated Lieutenant Colonel Nguyen Ngoc Huan for his new appointment as Defence Attache of Socialist Republic of Vietnam. The incoming Defence Attache of Socialist Republic of Vietnam wished that upon uplifting of COVID-19 restrictions in Brunei Darussalam, discussions can be done via physical interactions as it is more fruitful and beneficial.



PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT SECARA ATAS TALIAN DARI ATASE PERTAHANAN REPUBLIK SOSIALIS VIETNAM

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 23 September 2021 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB menerima kunjungan kehormat dari Senior Kolonel Nguyen Tien Son, mantan Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam dan pengganti, Leftenan Kolonel Nguyen Ngoc Huan secara atas talian pada hari ini di Bilik Cenderawasih, Markas TUDB.

Pemerintah TUDB menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan Pertahanan Udara – Tentera Udara Vietnam dalam mengendalikan dan menjayakan Mesyuarat ASEAN Air Force Chiefs yang Ke-17 pada tahun lepas. Semasa kunjungan tersebut, kedua pihak menzahirkan komitmen yang kukuh bagi mengeratkan dan mengukuhkan hubungan dua hala dan pelbagai hala bagi kedua Tentera Udara melalui pertukaran lawatan, latihan, kursus dan pembangunan kapasiti. Pemerintah TUDB yakin hubungan dua hala akan tetap berkembang walaupun kedua negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Sebelum mengakhiri kunjungan hormat tersebut, Pemerintah TUDB menyampaikan ucapan penghargaan kepada Senior Kolonel Nguyen Tien Son atas sumbangan dan kerjasama beliau dalam mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan dua hala sejak memegang jawatan pada bulan Jun 2017. Pada masa yang sama, Pemerintah TUDB juga mengucapkan tahniah kepada Leftenan Kolonel Nguyen Ngoc Huan atas lantikan sebagai Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam yang baru. Leftenan Kolonel Nguyen Ngoc Huan berhasrat akan dapat membuat perjumpaan dua mata agar perbincangan menjadi lebih bermanfaat setelah pengurangan langkah-langkah pengawalan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.