Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF RESPONSE TO THE COVID-19 BATTLE – AIRMEN WORKING AT VIROLOGY TEST LABORATORY

Bandar Seri Begawan, Friday, 15 October 2021 - In support of the Ministry of Health’s efforts to combat the COVID-19 pandemic, RBAirF has deployed hundreds of personnel in varying roles. This week's article features two airmen, Sld (U) Mohammad Omar Fitri bin Awang Morsidi and Sld (U) Muhammad Syahiran bin Abdullah who have recently been posted to RBAirF after completing their recruit training.

The two Airmen never thought of working in a laboratory when joining the Royal Brunei Armed Forces. However, both felt fortunate to utilise their HNTEC in Laboratory Science qualification after knowing they are now a support strength in the nation's latest virology laboratory testing RT-PCR SARS-CoV-2 named Brunei COVID-19 AirLab.

At first, both expressed how nervous they were to be exposed to the virus and the responsibility of ensuring all tests were done accordingly as patients' fate depends on their work and with the tasks given, they are detecting whether a person is positive or negative for COVID-19 which was not what they expected of military personnel. They are now working together with colleagues from Medical Reception Service (MRS), the Ministry of Health and Jerudong Park Medical Centre, and counterparts from Beijing Genomic Institution (BGI), China.

With the training provided and tests that are done before joining the Virology Laboratory, both learnt not to be complacent and careless in any way when working in a high-risk environment. The importance of wearing proper Personal Protective Equipment (PPE) and self-hygiene before and after every lab work has taught them to be more disciplined to protect themself and their surroundings.

Sld (U) Omar shares his belief in remaining humble and always working for the sake of Allah SWT. “I will always be open to learning and gaining new experiences, especially in sharing knowledge with colleagues” and he added that, this assignment is a rewarding opportunity even if it may be challenging. Meanwhile for Sld (U) Syahiran, due diligence process is of utmost importance in ensuring zero error in the sampling results as more samples are received daily which requires them to produce a quicker result. Hence he added, maintaining a high standard of work ethic is essential which reflects one of the RBAirF Core Values – Excellence.

Service Above Self – Teamwork – Excellence

“Straight out of basic training, they have adapted well to working under pressure and in a high-risk environment. These two young airmen are doing the RBAirF proud in support of the nation”
Commander of RBAirF



Sld (U) Syahiran (left) and Sld (U) Omar(right) in front of the AirLab.



Preparation and testing of samples.


RESPONS TUDB TERHADAP PENULARAN WABAK COVID-19 - ANGGOTA LLP TUDB IKUT SERTA DI MAKMAL UJIAN VIROLOGI

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 15 Oktober 2021 - Dalam menyokong usaha Kementerian Kesihatan, TUDB telah mengerahkan ratusan anggota dalam pelbagai peranan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Artikel pada minggu ini menampilkan dua (2) Askar Lelaki iaitu Sld (U) Mohammad Omar Fitri bin Awang Morsidi dan Sld (U) Muhammad Syahiran bin Abdullah yang telah menamatkan latihan rekrut pada Ogos tahun ini.

Sebagai anggota Tentera yang terlatih, mereka berdua tidak pernah terfikir untuk ditugaskan untuk membantu di sebuah makmal. Namun, kedua-duanya merasa beruntung dapat mengaplikasikan kelulusan mereka iaitu HNTEC dalam mata pelajaran Sains Makmal. Sekarang mereka telah ditempatkan di Makmal Virologi terbaru Negara yang menguji sampel RT-PCR SARS-CoV-2 dikenali sebagai Brunei COVID-19 AirLab.

Risiko penugasan harian dalam menghasilkan keputusan ujian sampel RT-PCR SARS-CoV-2 pada awalnya membuatkan mereka berasa bimbang atas jangkitan virus. Walaubagaimanapun, sebagai seorang Tentera, memastikan pengesanan ujian dilaksanakan dengan teliti dan sempurna merupakan tanggungjawab dan juga satu cabaran dalam menjalankan tugas mereka untuk menghasilkan keputusan ujian pesakit sama ada positif atau negatif yang melibatkan nyawa. Kedua-duanya mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Khidmat Perubatan & Kesihatan (MRS) dan Agensi-agensi luar seperti Kementerian Kesihatan, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) serta Beijing Genomic Institution (BGI), Republik Rakyat China.

Sebelum ditempatkan di Makmal Virologi, kedua-duanya menjalankan latihan dan ujian yang diberikan dengan bersungguh-sungguh supaya mereka tidak leka dan cuai ketika bekerja di kawasan yang berisiko tinggi. Pemakaian Peralatan Pelindung Diri (PPE) yang betul adalah mustahak serta penjagaan kebersihan diri sebelum dan selepas pekerjaan telah mengajar mereka untuk lebih berdisiplin dalam melindung diri dan persekitaran mereka.

Sld (U) Omar mengongsikan pendapat dan mengingatkan untuk selalu berniat kerana Allah SWT dan sentiasa menanam sifat merendah diri dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Sld (U) Omar juga menyatakan, "Saya sentiasa terbuka untuk belajar bagi mendapatkan pengalaman baru dan berkongsi pengetahuan dengan rakan sekerja". Beliau juga menambah, tugas ini merupakan peluang yang sangat berharga walaupun ianya mencabar. Sementara bagi Sld (U) Syahiran pula, sikap cermat dan teliti adalah sangat penting dalam memastikan hasil keputusan sampel yang tepat dan cepat kerana banyak sampel diterima setiap hari. Mengekalkan etika dan mutu kerja yang sangat baik adalah mustahak serta mencerminkan salah satu Nilai-nilai Teras TUDB iaitu Cemerlang (Excellence), tambah beliau.

Service Above Self – Teamwork – Excellence

“Kedua-dua anggota muda ini berjaya menyesuaikan diri bekerja di bawah tekanan dan dalam persekitaran yang berisiko tinggi walaupun baru menamatkan Latihan Asas Ketenteraan. Sumbangan mereka dalam membantu keperluan negara menjadi satu kebanggaan TUDB”
-
Pemerintah TUDB