Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF DEPUTY COMMANDER ATTENDS GLOBAL AIR FORCE CHIEFS CLIMATE CHANGE COLLABORATION

Rimba Air Force Base, Wednesday, 20 October 2021 – RBAirF participated the Global Air Force Chiefs Climate Change Collaboration (GAFCCC), which was hosted virtually by the Royal Air Force (RAF), United Kingdom. The aim of this meeting is to discuss Air Forces' coordination, collaboration and plans to reduce carbon consumption and generate green power to enhance resilience and operational capacity and capability.

The online event was chaired by Air Marshal Andrew Turner, Deputy Commander, RAF. Representing the Royal Brunei Air Force is Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, the Deputy Commander. Also in attendance was RBAirF Staff Officer Grade 2 for Logistics and Maintenance.

The meeting began with Welcoming Remarks by the GAFCCC Chairman followed by a presentation on the overview of GAFCCC and a short demonstration on WorkSpace Collaboration as a platform for exchange and sharing knowledge among the Air Forces. RAF then presented the Net Zero 2040 initiatives and planning towards achieving its vision and the presentation sessions ended with Japan Air Self Defence Force sharing their efforts in addressing climate change.

The meeting then concluded with the RAF sharing their proposal on Concord Agreement which will be discussed further.


TIMBALAN PEMERINTAH TUDB MENGHADIRI GLOBAL AIR FORCE CHIEFS CLIMATE CHANGE COLLABORATION SECARA MAYA

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 20 Oktober 2021 – TUDB menyertai Global Air Force Chiefs Climate Collaboration (GAFCCC) yang dikendalikan secara dalam talian oleh Royal Air Force (RAF), United Kingdom. Perbincangan tersebut bertujuan untuk berkongsi mengenai penyelarasan, usahasama dan perancangan untuk mengurangkan penggunaan karbon serta menjana kuasa hijau (Green Energy) untuk meningkatkan daya dan keupayaan  operasi.

Acara tersebut dipengerusikan oleh Air Marshal Andrew Turner, Timbalan Pemerintah RAF. Mewakili TUDB ialah Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pemerintah TUDB dan turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Turus Logistik dan Pemeliharaan.

Mesyuarat dimulakan dengan Ucapan Pembukaan dari Pengerusi GAFCCC, taklimat pengenalan GAFCC dan diikuti dengan demonstrasi kolaborasi Workspace.  Platform Workspace ini berfungsi untuk perkongsian dan pertukaran pengetahuan di antara Tentera-tentera Udara. Pembentangan dari RAF seterusnya adalah berkenaan Net Zero 2040 yang menerangkan tentang perancangan dan usaha untuk merealisasikan visi tersebut dan diikuti oleh Japan Air Self Defence Force yang menyampaikan taklimat mengenai 'Japan's Effort to Address Climate Change'.

Mesyuarat diakhiri dengan perbincangan mengenai Perjanjian Concord yang akan dibincangkan pada masa yang akan datang.